Copyright© All Rights Reserved mudahnyasejarahspm.blogspot.com
Showing posts with label Hwang Ho. Show all posts
Showing posts with label Hwang Ho. Show all posts

Friday, November 15, 2013

MUDAHNYA SEJARAH



PENGENALAN

Ada murid yang mengatakan belajar mata pelajaran sejarah susah. Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta, malas nak hafal isi penting, tidak berminat, susah nak ingat tahun   dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. 
 
Walau apa alasan sekalipun kita kena sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita kenal siapa diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan  negara kita. Cuba bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan kawan anda dari negara asing bertanya tentang Malaysia.  Contoh soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan, Pilihan Raya di Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya  dan banyak lagi tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.

Jika anda tidak belajar sejarah macam mana anda hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri. Adalah satu penipuan yang besar juga anda mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan yang  besar.?

Pertama anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya  “saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kelmarin’.  Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.

Kedua, anda menerangkan tentang keluarga anda kepada rakan. Contohnya nama ibu dan bapa, nama tempat tinggal dan bila anda dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang itu juga sejarah.

Ketiga, anda belajar mata pelajaran yang lain . Adakah terkandung tentang sejarah?. Boleh dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah walaupun mata pelajaran matematik. Sebab apa saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam matematik dan bandingkan dengan sejarah tingkatan empat juga ada terkandung teori yang dikemukakan oleh ilmuan Islam.

Keempat, anda menonton permainan bola sepak malam tadi dan anda ceritakan kepada rakan anda. Itu juga sejarah.

Kelima, anda kata pelajaran sejarah susah. Ada caranya untuk kita permudahkan. Nanti saya tunjukkan.

Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga mata pelajaran sejarah. Baiklah apa yang saya katakan mudahnya  belajar sejarah ?.  Saya  nyatakan CARA MUDAH untuk belajar sejarah seperti berikut mengikut kesesuaian tajuk.

MUDAH INGAT 1

Biasanya pelajar lebih mudah ingat apa yang ada di sekeliling mereka. Ada tajuk tetentu yang boleh gunakan persekitaran pelajar untuk menjelaskan lagi  tajuk berkenaan. Malah bukan itu sahaja  kaedah ini boleh meningkatkan daya ingatan pelajar untuk jangka masa yang lama, sebab setiap hari pelajar lihat persekitaran mereka.

4.2 Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri . Peranan Kerajaan Tempatan. Sejarah Ting 5 MS 71 

Untuk tajuk ini persekitaran pelajar yang saya gunakan ialah Mergong Alor Setar dan SMKTAR, kerana pelajar saya tinggal di sekitar Mergong. Setiap hari mereka lalui kawasan Mergong  sebelum masuk ke kawasan sekolah . Oleh itu mereka lihat jalan, bangunan yang ada itu setiap hari. Sesuatu yang mustahil jika masih lagi tidak dapat ingat dan rasa susah untuk belajar sejarah. Saya permudahkan tajuk di atas dengan cara seperti berikut.


Peranan Kerajaan Tempatan
Mergong dan SMKTAR
Membangunkan perumahan awam
Taman Rakyat
Menyediakan kemudahan sukan dan kebudayaan 
Ada Dewan, padang permainan, padang STAR
Menyediakan pasukan bantuan dan penyelamat
Ada Bomba dan Penyelamat
Menyediakan Kemudahan awam
Ada Dewan, tandas awam, padang permainan, 
Menyelenggara jalan raya
Menyelenggara Jalan Putra
Menyelenggara sistem saliran
Pekerja Majlis Bandaran menyelenggara sistem saliran
Mengindahkan kawasan
Pekerja kebersihan STAR membersihkan kawasan
Menyediakan perkhidmatan pembersihan.
Lori sampah mengangkut sampah
Menjaga kesihatan awam.
Fogging. Cegah aedes.


Saya membandingkan persekitaran murid dengan peranan Kerajaan Tempatan.  
Peranan kerajaan tempatan ialah membangunkan perumahan awam, persekitaran murid ialah Taman Rakyat yang hari hari mereka lihat dan lalu di kawasan tersebut. Malah ada yang tinggal di Taman Rakyat tersebut. Oleh itu lebih mudah ingat dengan mengingati Taman Rakyat dan dikaitkan dengan peranan kerajaan tempatan iaitu membangunkankan Perumahan Awam.
Begitu juga isi penting yang lain dikaitkan dengan persekitaran murid seperti di atas.
Ini merupakan satu  cara mudah untuk ingati fakta tanpa bersusah payah. Hanya kaitkan dengan persekitaran atau tempat tinggal kita sahaja. Mudah bukan. Selepas itu tulis dalam bentuk essei untuk soalan kertas 2 bahagian B.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...