Thursday, July 3, 2014
Wednesday, June 11, 2014
MADU KELULUT AKTIFKAN MINDA
Madu kelulut merupakan agen aktifkan minda seseorang. Amalkan minum madu setiap pagi mampu mencerdaskan otak. Apa yang berlaku ataupun tidakbalas yang terjadi apabila minum madu ? Kepada yang mengamalkannya sudah pasti dapat merasai perubahan yang berlaku. Apa yang berlaku ialah aliran darah lebih lancar dan oksigen dapat dibawa ke otak seseorang.
Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu
gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga
segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk
mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen
dapat dibawa ke otak. Mencergaskan
dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
MADU KELULUT ASLI DARI KG HUTAN PALAS KODIANG KEDAH
RM40.00
Hubungi: Ahmad@ Mad Ku Hamid - 0125575980
Tuesday, March 18, 2014
PT3 Ganti PMR
PT3 Ganti PMR - Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.
Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.
"(Akan) Ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.
"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.
Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata pihak sekolah akan memaklumkan keputusan penilaian prestasi seseorang murid pada akhir tahun hasil pentaksiran yang dibuat dan murid itu boleh mohon slip keputusan untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh.
Muhyiddin berkata PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.
"Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.
"Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes," katanya.
Beliau berkata melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan, jelas beliau.

-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)