Copyright© All Rights Reserved mudahnyasejarahspm.blogspot.com

Saturday, November 23, 2013

KAJIAN TINDAKAN 2




KAJIAN TINDAKAN




Penguasaan Fakta Sejarah Melalui
Kaedah Rakan Fakta






DISEDIAKAN OLEH,

MEGAT MAWARDI BIN AHMAD
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SULONG
08700 JENIANG,
KEDAH DARUL AMAN.






2007

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN JPN KEDAH (2007)

1.       TAJUK KAJIAN
            Penguasaan Fakta Sejarah Melalui Kaedah Rakan Fakta .
2.        NAMA PENYELIDIK DAN ALAMAT SEKOLAH
Megat Mawardi Bin Ahmad.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong,
            08700 Jeniang, Kedah.

3.         REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
            Berdasarkan pengamatan saya yang lalu semasa mengajar matapelajaran Sejarah didapati minat pelajar terhadap mata pelajaran ini tidak memuaskan hati saya. Sedangkan matapelajaran ini merupakan merupakan satu  matapelajaran yang penting untuk memupuk semangat cinta akan negara dan kenali bangsa sendiri. Oleh itu tidak hairanlah jika tiada minat dan kesungguhan maka penguasaan fakta terhadap sesuatu tajuk yang dibincangkan di dalam kelas tidak dapat dikuasai sepenuhnya. Dengan lain perkataan tiada penghayatan terhadap sejarah negara sendiri. Lebih-lebih lagi apabila ada yang menganggap matapelajaran sejarah mudah dipelajari dan tidak perlu diadakan kelas tambahan.


            Keadaan seperti itu berterusan hinggalah pelajar berkenaan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Saya tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi tugas memupuk minat terhadap sejarah tanah air tidak harus dipandang sebelah mata. Memupuk minat terlebih dahulu kemudian dapat digerakkan minda pelajar untuk menguasai fakta ataupun sebaliknya  adalah penting.


            Apabila tiada minat macam-macam jawapan dizahirkan oleh pelajar. Antaranya ialah susah mengingati fakta,  tidak minat, tidak faham, malas, tidak minat guru sejarah dan sebagainya. Sebabnya ialah saya dapati kemungkinan pelajar bosan dengan cara sebelum ini lebih banyak kepada teknik penceritaan, chalk and talk dan perbincangan kumpulan. Manakala isi kandungan mata pelajaran sejarah juga berkisar kisah lalu yang tidak menarik perhatian pelajar berbanding mata pelajaran yang lain. Begitu juga dengan persekitaran pelajar tidak digunakan dengan sebaik mungkin untuk dikaitkan dengan tajuk tertentu dalam matapelajaran sejarah.

4.        FOKUS KAJIAN
            Fokus kajian saya ialah Penguasaan Fakta Sejarah.


5.        OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am: 
Meningkatkan peratus lulus cemerlang(Gred A)

Objektif Khusus:
i. Meningkatkan penguasaan fakta tajuk berkenaan.      
ii. Mengelakkan kekeliruan memilih jawapan yang tepat.           
iii. Menarik minat pelajar mencari maklumat dalam buku teks.

6.       KUMPULAN SASARAN
            Kajian ini melibatkan 40 orang pelajar tingkatan 3 A

7.       PROSEDUR  KAJIAN
7.1             Tinjauan Awal
            Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
i.                    Ujian soalan objektif bagi mengenalpasti tahap penguasaan fakta sesuatu tajuk.
ii.                  Borang kaji selidik


7.2       Cadangan Tindakan Intervensi
            Penguasan Fakta Sejarah Melalui Kaedah Rakan Fakta

Aktiviti 1: Pelajar menjawab 10 soalan Rakan Fakta secara individu tanpa membuat rujukan pada mana-mana buku.

Aktiviti 2: Pelajar menjawab 10 soalan objektif  yang sama seperti di aktiviti satu
dan mencatat ayat buku teks untuk membuktikan jawapan yang dipilih itu tepat. Pelajar juga dikehendaki mencatat muka surat berdasarkan buku teks yang dirujuk.. Pelajar juga akan membuat pembetulan jawapan  semasa aktiviiti dua ini.
Aktiviti 3: Pelajar mencatat apa yang mereka Terbaca dan Terlihat semasa
mencari ayat jawapan bagi soalan dan tajuk berkenaan Contohnya tokoh,peristiwa, gambar, peta dan istilah penting. Semua catatan tersebut dipindahkan  ke dalam buku notan

Aktiviti 4: Pelajar bertukar-tukar fakta iaitu ayat dan muka surat yang diperoleh dari buku teks.

  1. Contoh pelaksanaan.

1.1 Contoh soalan latihan yang dibekalkan oleh guru

       Soalan 1
Apakah tujuan British melaksanakan dasar penaklukannya ke atas negeri-negeri Melayu.
A  Mengukuhkan kedudukan politiknya.
B  Memiliki tanah jajahan di negeri Melayu
C  Menguasai ekonomi negeri-negeri Melayu
D  Mengawal penduduk di kawasan yang dikuasainya

Jawapan:_______
AyatBukuTeks:___________________________________________
M.S:________

CATATAN: Peristiwa, gambar, peta, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.

_______________________________________________________


1.2 Tugas pelajar

1.      Mencari jawapan dalam buku teks
2.      Menulis jawapan  A, B, C atau D
3.      Menulis ayat dalam buku teks
4.      Menulis muka surat
5.      Mencatat peristiwa, gambar, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.
6.      Pelajar bertukar-tukar  maklumat

Jawapan yang mungkin pelajar tulis dalam ruang disediakan  seperti  berikut

1.   Jawapan:  A Mengukuhkan kedudukan politiknya
2.   Ayat buku teks- Dasar penaklukan British terhadap  negeri-negeri    
      Melayu bertujuan  untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
       M.S: 30



7.3       Penilaian Tindakan Intervensi
Setelah aktiviti satu hingga empat dijalankan sebanyak dua kali penilaian di bawah akan dijalankan:
            i.     Penilaian adalah berdasarkan markah ujian soalan objektif pasca dan
                  pra
            ii.    Pemerhatian  sikap pelajar untuk mendapatkan    jawapan semasa
                 membuat  rujukan dalam buku teks 

8.         JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
Bil.
Perkara
Minggu
1
2
3
4
5
6
7
8
1.
Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal
X







2.
Menulis kertas cadangan
X







3.
Merancang tindakan

X






4.
Ujian soalan objektif/pemerhatian


X





5.
Aktiviti 1, 2 dan 3



X
X



6.
Ujian mengesan pencapaian pelajar





X


7.
Refleksi kajian






X

8.
Menulis laporan kajian






X


9.         PERUNTUKAN YANG DIPOHON
Bil.
Perkara
Kuantiti
Harga seunit
Kos
1.
Kertas A4
10XRM 8.00
10XRM 8.00
RM   80.00
2.
Printer Cartridge
1 X RM65.00
1 X RM65.00
RM   65.00
3.
Fotostat


RM   50.00






JUMLAH:
RM 195.00


LAPORAN  

KAJIAN TINDAKAN

Tarikh: 29-30 April 2007
Tempat: SMK Sungai Pasir, Sg Petani, Kedah.



Penguasaan Fakta Sejarah Melalui
 Kaedah Rakan Fakta


               






DISEDIAKAN OLEH,

MEGAT MAWARDI BIN AHMAD
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SULONG
08700 JENIANG,
KEDAH DARUL AMAN.


PROGRAM PENGUASAAN FAKTA SEJARAH MELALUI KAEDAH RAKAN FAKTA

Megat Mawardi b. Ahmad

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong

08700 Jeniang, Kedah Darul Aman


 

ABSTRAK


Sebahagian besar daripada murid kelas 3A tidak dapat menguasai fakta sejarah dengan baik. Lantaran itu keputusan peperiksaan atau ujian bulanan yang diperolehi kurang memuaskan.Terdapat seramai 42 orang murid di dalam kelas tersebut. Hasil daripada tinjauan awal mendapati sebahagian besar murid kelas ini memperolehi markah setakat lulus dan kategori sederhana. Murid juga tidak yakin menjawab soalan dan menghadapi masalah keliru untuk pilih jawapan yang tepat. Masalah ini berlaku kerana tiada penguasaan fakta yang kukuh.

Kajian tindakan ini berfokus kepada usaha meningkatkan penguasaan fakta sejarah oleh murid . Justeru, murid telah diterapkan dengan pendekatan pembelajaran secara kendiri melalui kaedah Rakan Fakta sebagai usaha meningkatkan prestasi pencapaian mereka. Berdasarkan perbandingan ujian peringkat pra dan ujian pasca dan pemerhatian sikap murid, kajian ini boleh dianggap berjaya kerana terdapat peningkatan peratus lulus dengan cemerlang. Murid juga lebih bersemangat menghadapi P&P dan tekun mendapatkan jawapan berdasarkan buku teks. 

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Sebahagian besar murid kelas 3A terdiri daripada murid yang mempunyai tahap kecerdasan tinggi dan sederhana. .Kemahiran menguasai fakta yang kurang menyebabkan mereka tidak berminat dengan matamuridan sejarah. Ada murid yang mengatakan keliru ketika memilih jawapan yang tepat. Anggapan salah tersebut harus diperbetulkan dan guru sedar bahawa murid harus dibimbing sepenuhnya agar lebih bermotivasi, yakin kepada diri sendiri serta sedia melakukan anjakan paradigma.

Murid juga didapati tidak mempunyai kemahiran menguasai dan mengingati fakta dengan baik Hasil daripada keputusan ujian bulan April dan pemerhatian sikap murid  didapati sebahagian besar murid didapati tidak menunjukkan kesungguhan dan minat menyebabkan keputusan peperiksaan tidak memuaskan. Ini merupakan salah satu punca murid tidak dapat mengingati fakta dengan baik dan keliru ketika memilih jawapan yang tepat.

Kekangan-kekangan di atas merupakan suatu cabaran baru kepada saya dalam  usaha meningkatkan keputusan yang lebih baik. Guru sedar bahawa kaedah-kaedah pengajaran yang telah dirancang dan dilaksanakan seperti Kaedah Rakan Fakta banyak membantu murid menyedari keupayaan diri serta meningkatkan  pencapaian mereka dalam peperiksaan dan ujian.


FOKUS KAJIAN


Pada peringkat awal kajian, kaedah pengutipan data yang digunakan melibatkan nota dan hasil kerja murid dan pemerhatian. Hasil pemerhatian mendapati,  murid  tidak menunjukkan minat terhadap matamuridan sejarah. Sebab itulah tidak dapat menguasai fakta dengan baik. Ada logiknya menggunakan Kaedah Rakan Fakta. Fokus kajian saya ialah Penguasaan Fakta Sejarah. Walaupun banyak lagi masalah yang lain, ini menjadi fokus kajian saya sebab dijangkakan dapat menyelesaikan masalah tidak minat, tidak dapat mengingati fakta dan tersilap pilih jawapan yang tepat semasa peperiksaan.


Manakala di peringkat penilaian pula, kaedah kutipan data melalui markah ujian bulan April telah diambil bagi menilai keberkesanan tindakan intervensi yang telah diambil bagi tujuan refleksi kajian. Pemerhatian ke atas dikap murid juga telah saya ambil kira. Saya dapati keputusan uian yang dibuat meningkat.

OBJEKTIF KAJIAN


Objektif Umum:

Meningkatkan peratus lulus cemerlang(Gred A)

Objektif Khusus:

i.  Meningkatkan penguasaan fakta           
ii. Mengelakkan kekeliruan memilih jawapan yang tepat.
iii. Meningkatkan pembelajaran kendiri    
iv. Menarik minat murid mencari maklumat dalam buku teks

KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran kajian merangkumi 42 orang murid dari kelas 3A Komposisi murid terdiri daripada 30 murid Melayu dan  7 murid Cina dan  5  Siam.

PELAKSANAAN KAJIAN
 
Tinjauan Masalah

Berdasarkan kepada keputusan ujian bulan April, semakan buku latihan dan refleksi pembelajaran, saya mendapati murid sering kali melakukan kesilapan seperti pemilihan jawapan yang tidak tepat .

Mekanisme yang akan digunakan untuk meninjau masalah di atas terdiri daripada soal jawab secara lisan, pemeriksaan nota dan latihan dan pemerhatian di dalam kelas.

Analisis Tinjauan Masalah

Beberapa langkah telah diambil bagi mendapatkan  suatu persepsi yang lebih jelas tentang masalah yang dikaji.

A) Analisis Ujian Pra
Tinjauan masalah telah diperolehi daripada hasil semakan dan analisis keputusan ujian bulan Februari Daripada seramai 40  murid yang menduduki  ujian, seramai   orang murid mencatatkan kelulusan. Manakala   murid gagal di dalam ujian tersebut. Analisis keputusan seperti jadual di bawah.

 Keputusan Ujian Pra (Ujian Bulan  April )


UJIAN PRA
BIL.
NAMA MURID TING 3A
MARKAH
GRED
1
ADZRIN MUHAMAD BIN NORBANAN
48
 D
2
AMIRUL AFIFI BIN MOHD NORDIN
40
 D
3
CHEANG KHEI VENN
40
 D
4
CHEW BOON LIM
42
 D
5
CHU WEN SEN
60
 B
6
LAU BOON CHONG
44
 D
7
MOHAMAD HAZWAN BIN AHMAD SUKRI
46
 D
8
MOHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN RAHIM
54
 C
9
MOHAMMAD AMINUDDIN BIN ABDUL RASHID
44
 D
10
MOHAMMAD NAZLI ABD RANI
42
 D
11
MOHD SAIFULLAH BIN ROSLAN
58
 C
12
MUHAMAD FAKHRUDDIN BIN MOHD SUHAIMI
56
 C
13
MUHAMMAD FAIZ BIN HASHIM
58
 C
14
MUHAMMAD FAIZ BIN ZAKARIA
62
 B
15
MUHAMMAD IZZAT AMIR BIN MOHAMAD SOKRI
68
 B
16
MUHAMMAD NAZRI BIN MAHAYANI
66
 B
17
SRAVUTT A/L SOM CHET
48
 D
18
CHONLANEE A/P IA TENG
68
 B
19
EMILIA AIDA BINTI ABDUL HALIM
64
 B
20
HAMIDAH BINTI YUSOF
52
 C
21
HASYIMAH BINTI MOHD NOR
54
 C
22
KHAIRUL NAJAH BINTI ABDUL RAHMAN
66
 B
23
LIM LEE SHEN
62
 B
24
MARISSA A/P MOY LEONG
62
 B
25
NOR AMIRAH BINTI ABDUL HALIM
48
 D
26
NORHAYATI BINTI MOHD ZAIN
70
 B
27
NUR AMALIA BINTI AHMAD
46
 D
28
NUR RAFIDAH BINTICHE ISHAK
56
 C
29
NUR WAHIDA BINTI MOHAMAD
64
 B
30
NURUL ZAFIRAH BINTI AMIR HAMZAH
58
 C
31
OH ANN NAH
58
 C
32
SHAFINAS BT SAMSUDIN
64
 B
33
SHAMINEE DIANA BT ROSMADI
70
 B
34
SITI HAJAR BINTI SHAHIDAN
66
 B
35
SITI HANI BINTI OMAR
66
 B
36
SITI NORDILAH BINTI ABU BAKAR
72
 B
37
SITI NORIZAH  BINTI ABD RANI
68
 B
38
SITI NUR HIDAYAH BT ABU BAKAR
50
 C
39
SUNIDSA A/P SAW BOON TIANG
60
 B
40
SYUHAILA BT SALEHUDIN
50
 C
41
VECHRANI A/P HAI KIANG
68
 B
42
YAU LI AUN
80
 A


Markah
Gred
Bilangan Murid
(Ujian Pra)
75 – 100
60 – 74
50 – 59
40 – 49
  0 – 39

     A
     B
     C
     D
     E
1
19
11
11
0

Tindakan Dijalankan

Setelah analisis keputusan dan penilaian refleksi pembelajaran dilakukan, tindakan yang diambil ialah menggunakan Kaedah Rakan Fakta. Fokus bimbingan juga berkisar kepada kemahiran mengingati fakta dan  teknik menjawab soalan  latihan yang berkesan. Teknik ini  dilaksanakan setelah selesai sesuatu topik Guru menyediakan 20 soalan objektif untuk dijawab oleh murid seperti format di bawah.

  1. Contoh pelaksanaan.
1.1 Soalan latihan yang dibekalkan oleh guru (lihat lampiran)
       Soalan 1
Apakah tujuan British melaksanakan dasar penaklukannya ke atas negeri-negeri Melayu.
A  Mengukuhkan kedudukan politiknya.
B  Memiliki tanah jajahan di negeri Melayu
C  Menguasai ekonomi negeri-negeri Melayu
D  Mengawal penduduk di kawasan yang dikuasainya

Jawapan:_______
AyatBukuTeks:___________________________________________
M.S:________

CATATAN: Peristiwa, gambar, peta, tokoh atau apa saja yang murid terbaca atau terlihat.

_______________________________________________________


1.2 Tugas murid

1.      Mencari jawapan dalam buku teks
2.      Menulis jawapan  A, B, C atau D
3.      Menulis ayat dalam buku teks
4.      Menulis muka surat
5.      Mencatat peristiwa, gambar, tokoh atau apa saja yang murid terbaca atau terlihat.
6.      Murid bertukar-tukar  maklumat

Jawapan yang murid tulis dalam ruang disediakan  seperti  berikut

1.   Jawapan:  A Mengukuhkan kedudukan politiknya
2.   Ayat buku teks- Dasar penaklukan British terhadap  negeri-negeri    
      Melayu bertujuan  untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
       M.S: 30

Pemerhatian

 Murid didapati semakin berminat menjawab soalan  objektif yang disediakan. Merka saling bertanya antara satu sama lain tentang isi ataupun fakta dan muka surat. Ada yang berlumba-lumba untuk mendapatkan jawapan terlebih dahulu. Seterusnya mencatat ayat buku teks yang dapat menjelaskan lagi jawapan yang telah dipilih.

Murid didapati Terbaca dan Terlihat semasa mencari ayat jawapan bagi soalan dan tajuk berkenaan Contohnya tokoh,peristiwa, gambar, peta dan istilah penting.

 Mereka juga semakin bersikap optimis dan mempunyai motivasi kendiri apabila tugasan yang diberikan dijalankan tanpa arahan berkali-kali daripada guru. Satu perubahan yang saya dapat lihat iaitu murid yang tidak berminat dan selalu ambil peluang untuk berbual turut menjalankan tugasan yang diberikan seperti format di atas. Kemungkinan mereka rasa tercabar dan rasa bersemangat untuk menghabiskan jawapan bagi semua soalan dan ruang untuk berbual kosong tidak ada. Masing-masing sibuk dengan soalan dan buku teks masing-masing yang dibalik-balikkan muka surat  untuk mendapatkan jawapan.

Refleksi    

Saya mendapati murid menunjukkan minat yang tinggi semasa menjawab soalan. Komitmen tersebut merupakan suatu petanda kepada saya bahawa kaedah ini membantu menjawab soalan dengan baik dan  kemahiran menguasai fakta  benar-benar diperlukan.

Saya tidak menetapkan masa dengan lain perkataan tidak memaksa mereka habiskan soalan dalam masa yang ditetapkan. Ini memberi ruang kepada mereka untuk melihat gambar, peta dan fakta yang lain. Sebelum ini buku teks pada mereka dirasakan susah untuk difahami tetapi sekarang ia menjadi rujukan utama. Ini penting kerana soalan peperiksaan adalah berdasarkan isi kandungan buku teks.

Hasil  temubual ringkas bersama beberapa orang murid, mereka berpendapat kaedah ini dapat memberi peluang meningkatkan keyakinan diri semasa menjawab soalan semasa ujian pasca dengan berkesan dan  sebagai medium menguji tahap penguasaan fakta

Ada murid mengatakan cara ini susah tetapi dapat menyelesaikan masalah kekeliruan ketika memilih jawapan dan dapat mengingati fakta dengan lebih baik. Memang begitulah di sebalik kesusahan itu ada kesenangan. Sesuatu yang susah diperolehi akan diingati dalam jangka masa yang lama.

Murid juga didedahkan kepada prinsip bekerjasama, saling bantu membantu dalam aktiviti pembelajaran. Prinsip mementingkan diri sendiri diketepikan dan kemahiran interaksi sosial telah berjaya dipupuk antara kaum semasa bertukar-tukar jawapan.



Hasil keputusan  ujian pasca, guru dapati ramai memperolehi markah cemerlang.. Kaedah Rakan Fakta ini menjadi satu  pengayaan dan pengembangan fakta sebab ada murid minta dikembalikan buku latihan mereka apabila hampir ujian bulanan .

Saya melihat ini sesuatu yang positif sebelum ini murid tidak minta untuk dipulangkan buku latihan. Daripada permintaan itu dapat saya rasakan kesan kaedah tersebut. Latihan yang  menggunakan kaedah Rakan Fakta digunakan semula oleh murid untuk mengulang kaji. Satu perkembangan baru yang dapat saya rasakan.

REFLEKSI KAJIAN 

1. Penilaian Terhadap Pencapaian Murid
Penilaian terhadap pencapaian murid dilakukan dengan membuat perbandingan keputusan ujian pra(ujian bulan April) dan ujian pasca(Ujian Khas-rujuk lampiran).

 Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pasca








UJIAN PRA
UJIAN PASCA
BIL.
NAMA MURID TING 3A
MARKAH
GRED
MARKAH
GRED
1
ADZRIN MUHAMAD BIN NORBANAN
48
D
53
D
2
AMIRUL AFIFI BIN MOHD NORDIN
40
D
50
C
3
CHEANG KHEI VENN
40
D
80
A
4
CHEW BOON LIM
42
D
t.h
-
5
CHU WEN SEN
60
B
90
A
6
LAU BOON CHONG
44
D
80
A
7
MOHAMAD HAZWAN BIN AHMAD SUKRI
46
D
63
B
8
MOHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN RAHIM
54
C
73
B
9
MOHAMMAD AMINUDDIN BIN ABDUL RASHID
44
D
56
C
10
MOHAMMAD NAZLI ABD RANI
42
D
60
B
11
MOHD SAIFULLAH BIN ROSLAN
58
C
50
C
12
MUHAMAD FAKHRUDDIN BIN MOHD SUHAIMI
56
C
60
B
13
MUHAMMAD FAIZ BIN HASHIM
58
C
60
B
14
MUHAMMAD FAIZ BIN ZAKARIA
62
B
80
A
15
MUHAMMAD IZZAT AMIR BIN MOHAMAD SOKRI
68
B
t.h
-
16
MUHAMMAD NAZRI BIN MAHAYANI
66
B
76
A
17
SRAVUTT A/L SOM CHET
48
D
60
B
18
CHONLANEE A/P IA TENG
68
B
60
B
19
EMILIA AIDA BINTI ABDUL HALIM
64
B
80
A
20
HAMIDAH BINTI YUSOF
52
C
t.h
-
21
HASYIMAH BINTI MOHD NOR
54
C
45
D
22
KHAIRUL NAJAH BINTI ABDUL RAHMAN
66
B
73
B
23
LIM LEE SHEN
62
B
t.h
-
24
MARISSA A/P MOY LEONG
62
B
60
B
25
NOR AMIRAH BINTI ABDUL HALIM
48
D
56
C
26
NORHAYATI BINTI MOHD ZAIN
70
B
60
B
27
NUR AMALIA BINTI AHMAD
46
D
70
B
28
NUR RAFIDAH BINTICHE ISHAK
56
C
57
C
29
NUR WAHIDA BINTI MOHAMAD
64
B
76
A
30
NURUL ZAFIRAH BINTI AMIR HAMZAH
58
C
60
B
31
OH ANN NAH
58
C
70
B
32
SHAFINAS BT SAMSUDIN
64
B
60
B
33
SHAMINEE DIANA BT ROSMADI
70
B
78
A
34
SITI HAJAR BINTI SHAHIDAN
66
B
68
B
35
SITI HANI BINTI OMAR
66
B
76
A
36
SITI NORDILAH BINTI ABU BAKAR
72
B
83
A
37
SITI NORIZAH  BINTI ABD RANI
68
B
76
A
38
SITI NUR HIDAYAH BT ABU BAKAR
50
C
83
A
39
SUNIDSA A/P SAW BOON TIANG
60
B
t.h
-
40
SYUHAILA BT SALEHUDIN
50
C
60
B
41
VECHRANI A/P HAI KIANG
68
B
80
A
42
YAU LI AUN
80
A
83
A

Markah
Gred
Bilangan Murid
(Ujian Pra)
Bilangan Murid
(Ujian Pasca)
Jumlah Peningkatan Gred A
75 – 100
60 – 74
50 – 59
40 – 49
  0 – 39
TH
     A
     B
     C
     D
     E
1
19
11
11
0
0
14
16
5
2
0
5
+13
-3
-6
-9
0
-
Jumlah
42
42

Peratus Lulus
100
100

        

Penilaian pencapaian murid dapat dikenalpasti berdasarkan kepada perbandingan ujian pra dan ujian pasca. Peningkatan prestasi murid dapat dilihat apabila terdapat peningkatan  bilangan gred A daripada seorang kepada 14 orang murid. Peningkatan gred A menyebabkan penurunan gred B, C dan D seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas.

   
2.Pemerhatian sikap murid

Pemerhatian I
Murid didapati semakin berminat menjawab soalan  objektif yang disediakan. Mereka saling bertanya antara satu sama lain tentang isi ataupun fakta dan muka surat. Ada yang berlumba-lumba untuk mendapatkan jawapan terlebih dahulu. Guru tidak perlu memberi arahan berulang kali kerana murid sibuk mencari jawapan dalam buku teks.

Pemerhatian II
 Tidak kurang juga ada yang berbalah dengan mengatakan jawapan yang dipilih adalah betul berbanding rakannya. Satu lagi perkembangan positif yang telah diwujudkan melalui kaedah ini. Situasi ini tentunya menunjukkan murid telah mula meminati mata muridan sejarah. Situasi tersebut juga  pada saya akan memahatkan fakta sejarah dalam ingatan murid tersebut.

Pemerhatian III
Prinsip mementingkan diri sendiri diketepikan dan kemahiran interaksi sosial telah berjaya dipupuk dalam diri mereka semasa bertukar-tukar jawapan.

Pemerhatian IV
Satu situasi yang saya dapati ialah murid dapat membuat latihan kendiri . Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa murid secara tidak langsung menguji  kemampuan diri sendiri. Bukti murid membuat latihan kendiri ialah guru tidak memberi jawapan bagi Soalan Rakan 1 dan 2, soalan berkenaan sebahagiannya diulang semula semasa ujian pasca(rujuk lampiran ujian khas) dan murid dapat jawab dengan tepat.

Pemerhatian v
Secara tidak langsung juga mereka tidak sedar, sebenarnya sudah ada  minat terhadap mata muridan sejarah hasil daripada kerja yang mereka tunjukkan serta kesunguhan dan ketekunan yang dizahirkan semasa menjawab soalan Rakan Satu dan Dua.

.
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Kaedah ini didapati dapat menarik minat murid untuk memmuridi matamuridan sejarah.Murid juga didapati lebih aktif dan bersemangat tinggi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Tempoh masa sebulan merupakan tempoh masa singkat untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan P&P. Namun begitu, hasil keputusan ujian pasca mendapati terdapat peningkatan prestasi murid.  Namun begitu apa yang berlaku ialah  pembelajaran kendiri dan peningkatan penguasaan fakta di kalangan murid.

Cadangan kaedah ini bolehlah diperluaskan lagi bagi murid kategori lemah. Seterusnya diperluaskan lagi bagi semua kelas tingkatan  tiga, dua dan satu untuk mengiakan keberkesanannya.




                                                                                                                        KT 2007

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...