Copyright© All Rights Reserved mudahnyasejarahspm.blogspot.com

Sunday, November 17, 2013

Kajian Tindakan 1





KAJIAN TINDAKAN


PROGRAM MEMPERKASA INGATAN TERHADAP FAKTA
MELALUI KAEDAH INGAT



DISEDIAKAN OLEH,
MEGAT MAWARDI BIN AHMAD
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SULONG
08700 JENIANG
KEDAH DARUL AMAN



KT2010

PROGRAM MEMPERKASA INGATAN TERHADAP FAKTA MELALUI KAEDAH INGAT

Megat Mawardi b. Ahmad 

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong

08700 Jeniang, Kedah Darul Aman


ABSTRAK


Sebahagian besar daripada murid kelas 5KM2  tidak dapat menguasai fakta sejarah dengan baik. Lantaran itu keputusan peperiksaan atau ujian bulanan yang diperolehi kurang memuaskan.Terdapat seramai 27 orang murid di dalam kelas tersebut. Hasil daripada tinjauan awal mendapati majoriti murid kelas ini gagal dalam mata pelajaran sejarah. Masalah ini berlaku kerana tiada penguasaan fakta yang kukuh. Lebih-lebih lagi kelas ini merupakan kelas terakhir  bagi tingkatan lima di SMKTS. Rata-rata murid kelas ini mengatakan masalah utama mereka ialah tidak  ingat isi penting ataupun fakta. Jadi tidak hairanlah ada yang tidak menjawab soalan peperiksaan .

Oleh itu jalan penyelesaian yang dipilih ialah perlu diwujudkan satu program bagi murid kelas ini ke arah memperkasakan ingatan. Kajian tindakan ini berfokus kepada usaha meningkatkan penguasaan fakta sejarah oleh murid . Justeru, murid telah diterapkan dengan pendekatan pembelajaran secara berkumpulan sebagai usaha meningkatkan prestasi pencapaian mereka. Berdasarkan perbandingan ujian peringkat pra dan ujian pasca dan pemerhatian sikap murid, kajian ini boleh dianggap berjaya kerana terdapat peningkatan peratus lulus . Murid juga lebih bersemangat menghadapi P&P dan tekun menyampaikan maklumat kepada rakan dalam kumpulan masing-masing.

Justeru itu kajian ini akan memfokuskan usaha meningkatkan ingatan terhadap fakta agar murid mendapat satu cara berkesan belajar sejarah. Ini bersesuaian dengan pendapat  Encik Lee Shok Mee dalam bukunya Psikologi Pendidikan (1997) mengatakan ,

 “Tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi
sia-sia sahaja. Dari segi peperiksaan pula kebolehan
mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan
sejauhmana seseorang murid telah mencapai pembelajaran.
Oleh itu kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu
akan menjejaskan prestasi calon. Justeru itu, calon tersebut
dianggap telah gagal dalam pembelajaran”
 

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sebahagian besar murid kelas 5km1  terdiri daripada murid yang lemah dan tidak bermotivasi  untuk belajar. Contohnya tidak menunjukkan minat yang tinggi semasa belajar, tidak bawa buku latihan dan masalah ponteng yang agak tinggi.

Semasa P&P didapati murid memberi perhatian tetapi murid tidak dapat mengingati fakta yang disampaikan sama ada oleh guru atau rakan. Apa yang jelas ialah kesungguhan murid berada di tahap yang rendah. Seolah-olah tiada usaha untuk meningkatkan prestasi peperiksaan dan hanya mengharapkan guru di dalam kelas seratus peratus. Ditambah pula tiada usaha yang dilakukan di rumah. Oleh itu aktiviti dalam kelas yang berkesan adalah perlu supaya  murid dapat mengingati fakta pada masa P&P  berlangsung.

Kekangan-kekangan di atas merupakan suatu cabaran kepada saya dalam  usaha meningkatkan keputusan yang lebih baik. Namun begitu bimbingan perlu diberikan kepada murid kelas ini supaya mereka dapat  menjawab soalan peperiksaan dan sekurang-kurangnya mencapai tahap lulus.

FOKUS KAJIAN

Pada peringkat awal kajian, penilaian dibuat melalui pemerhatian dan keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Hasilnya didapati sebab utama gagal dalam ujian ialah tidak dapat menguasai fakta dengan baik.

Oleh itu ada logiknya menggunakan kaedah ingat ini untuk murid yang lemah. Walaupun masih ada masalah lain tetapi fokus kajian saya ialah mengingati fakta. Mengingati fakta adalah penting bagi sejarah tingkatan empat dan lima kerana kerana terdapat soalan struktur dan essei yang memerlukan daya ingatan yang tinggi terhadap isi-isi penting.

Manakala peringkat penilaian pula, kaedah kutipan data melalui markah ujian pra dan pasca telah diambil bagi menilai tindakan intervensi  bagi tujuan rafleksi kajian. Pemerhatian ke atas sikap murid juga diambil kira.

OBJEKTIF KAJIAN


Objektif Umum:
Meningkatkan peratus lulus mata pelajaran sejarah

Objektif Khusus:
i.  Mengingati  fakta dengan berkesan
ii. Menarik minat murid untuk belajar sejarah
iii. Meningkatkan kebolehan menjawab soalan KBKK           

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian merangkumi 27 orang murid dari kelas 5KM1.

PELAKSANAAN KAJIAN
 
Tinjauan Masalah
Berdasarkan kepada keputusan ujian bulan April, semakan buku latihan dan refleksi pembelajaran, kelemahan ketara ialah diselubungi penyakit lupa.  Saya dapati murid tidak dapat kemukakan semula apa yang disampaikan oleh guru. Untuk mengulangi isi penting yang dinyatakan oleh guru tidak dapat dilakukan oleh murid

Mekanisme yang akan digunakan untuk meninjau masalah di atas terdiri daripada soal jawab secara lisan, pemeriksaan nota dan latihan dan pemerhatian di dalam kelas.

Analisis Tinjauan Masalah

Beberapa langkah telah diambil bagi mendapatkan  suatu persepsi yang lebih jelas tentang masalah yang dikaji.

A) Analisis Ujian Pra
Tinjauan masalah telah diperolehi daripada hasil semakan dan analisis keputusan ujian pra. Seramai 17 daripad 25 orang   murid yang menduduki  ujian pra, seramai   12 orang murid mencatatkan kelulusan. Manakala  lima  murid gagal di dalam ujian tersebut. Analisis keputusan seperti jadual di bawah

 Keputusan Ujian Pra
Bil
Nama
PRE TEST

M
G
1
AHMAD HILMI PIN
TH

2
IZANI NASRUDDIN
TH

3
MOHAMAD ALIF AZIZAN
TH

4
MOHAMAD ARIF JUHARI
39
G
5
MOHAMAD IZWAN ABD KARIM
56
C+
6
MOHAMAD MAHJUDIN
33
G
7
MOHAMAD TERMIZI CHE SAID
TH

8
MOHD FAHMIE YAAKOB
45
D
9
MUHAMAD KAMAL JAMALUDIN
56
C+
10
MUHAMAD LUQMAN HAFIZ
50
C
11
MUHAMAD SHAFIQ AZMI
TH

12
MUHAMAD ZULHELMI AHMAD
45
D
13
MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ
TH

14
MUHAMMAD SYAFIQ HASAN
50
C
15
MUHAMMAD ZAMZURI
56
C+
16
NOR HAYAZAR ASHAR
TH

17
WAN NAZIRUL MUKMININ
39
G
18
FATIMAH MUSA
38
G
19
MUNIRAH MOHD NIZAM
39
G
20
NOOR AZIZAH IBRAHIM
56
C+
21
NOR FARIDA AHMAD RADHI
39
C+
22
NOR KHAIREZA MOHD PAZALI
39
C+
23
NOR SYUHADA NATRI
61
B
24
PUTERI NUR SYAMIRA
TH

25
SITI NUR FATIN CHE ANI
45
D
26
SYAHIDA AHMAD
TH

27
WAN NUR ASYIKIN WAN ABDULLAH
TH



GRED
PRE TEST
A+

A-

B+

B
1
C+
6
C
2
D
3
E

G
5
JUMLAH PELAJAR
17
PERATUS LULUS
72%
PERATUS GAGAL
28%


Tindakan Dijalankan
Setelah analisis keputusan dan penilaian refleksi pembelajaran dilakukan, tindakan yang diambil ialah menggunakan Kaedah Ingat. Fokus bimbingan berkisar kepada  mengingati fakta yang berkesan. Teknik ini  dilaksanakan setelah selesai sesuatu topik Tajuk yang digunakan untuk P&P ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bab 9 Sejarah Tingkatan Lima.

Contoh pelaksanaan dalam kelas
a.    Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan mengandungi  empat ahli.
b.    Guru menyediakan kad fakta (rujuk lampiran). Kad tersebut diletakkan di atas meja di hadapan kelas.
c.    Seterusnya wakil kumpulan akan pergi ke hadapan kelas dan memilih salah satu kad di atas meja dan hafal fakta yang ada pada kad tersebut  dalam masa beberapa minit.
d.    Berikutnya murid tersebut akan kembali ke kumpulannya dan menyatakan fakta yang diperolehinya kepada rakan kumpulan. Rakan kumpulan pula akan mencatat fakta di dalam borang yang disediakan(rujuk lampiran). Fakta yang perlu diisi dalam borang tersebut sama dengan yang ada di dalam kad fakta.
e.    Setelah selesai mencatat isi penting kad yang pertama di borang, wakil kumpulan yang seterusnya bagi setiap kumpulan akan melakukan aktiviti yang sama seperti di atas hinggalah selesai semua kad. Guru memantau aktiviti murid.

Refleksi kajian dan Pemerhatian

Pemerhatian sikap murid

Pemerhatian I
Murid didapati semakin berminat menghafal fakta penting. Ini mungkin kerana akan berhadapan dengan ahli kumpulan masing-masing. Sekiranya tidak dapat  menyampaikan apa yang dihafal sudah pasti ahli kumpulannya tidak dapat mengisi borang fakta.

Pemerhatian II
Sikap bersungguh-sungguh jelas terpancar kerana ada yang berulang-alik dari tempat duduk ke meja yang diletakan kad. Situasi tersebut juga  pada saya akan memahatkan fakta sejarah dalam ingatan. Lebih jelas lagi kesungguhan yang ditunjukkan ialah tidak mengendahkan waktu rehat.

Pemerhatian III
Setiap ahli kumpulan memberi perhatian kepada rakan yang menyampaikan isi-isi  penting dan mencatat. Ini terbukti kerjasama yang erat antara satu sama lain.

Pemerhatian IV
Terdapat juga kumpulan yang ketinggalan kerana wakil kumpulan mereka tidak dapat meningati fakta dengan baik dan terpaksa mengulangi semula aktiviti menghafal. Ini memberikan cabaran kepada murid yang lambat mengingati apa yang dihafal.

REFLEKSI KAJIAN 
1. Penilaian Terhadap Pencapaian Murid
Penilaian terhadap pencapaian murid dilakukan dengan membuat perbandingan keputusan ujian  di bawah.

 Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pasca

Bil
Nama
PRE TEST
POST TEST


M
G
M
G
1
AHMAD HILMI PIN
TH

TH

2
IZANI NASRUDDIN
TH

TH

3
MOHAMAD ALIF AZIZAN
TH

TH

4
MOHAMAD ARIF JUHARI
39
G
45
D
5
MOHAMAD IZWAN ABD KARIM
56
C+
56
C+
6
MOHAMAD MAHJUDIN
33
G
50
C
7
MOHAMAD TERMIZI CHE SAID
TH

TH

8
MOHD FAHMIE YAAKOB
45
D
56
C+
9
MUHAMAD KAMAL JAMALUDIN
56
C+
67
B+
10
MUHAMAD LUQMAN HAFIZ
50
C
TH

11
MUHAMAD SHAFIQ AZMI
TH

67
B+
12
MUHAMAD ZULHELMI AHMAD
45
D
45
D
13
MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ
TH

45
D
14
MUHAMMAD SYAFIQ HASAN
50
C
TH

15
MUHAMMAD ZAMZURI
56
C+
TH

16
NOR HAYAZAR ASHAR
TH

TH

17
WAN NAZIRUL MUKMININ
39
G
TH

18
FATIMAH MUSA
38
G
27
G
19
MUNIRAH MOHD NIZAM
39
G
50
C
20
NOOR AZIZAH IBRAHIM
56
C+
61
B
21
NOR FARIDA AHMAD RADHI
39
C+
45
D
22
NOR KHAIREZA MOHD PAZALI
39
C+
33
G
23
NOR SYUHADA NATRI
61
B
67
B+
24
PUTERI NUR SYAMIRA
TH

TH

25
SITI NUR FATIN CHE ANI
45
D
45
D
26
SYAHIDA AHMAD
TH

TH

27
WAN NUR ASYIKIN WAN ABDULLAH
TH

TH

      






JUMLAH
GRED
PRE TEST
POST TEST
A+


A-


B+

3
B
1
1
C+
6
2
C
2
2
D
3
5
E


G
5
2
JUMLAH PELAJAR
17
15
PERATUS LULUS
72%
86%
PERATUS GAGAL
28%
14%
PERATUS PENINGKATAN

14%

Penilaian pencapaian murid dapat dikenalpasti berdasarkan kepada perbandingan ujian pra dan ujian pasca. Peningkatan prestasi murid dapat dilihat apabila terdapat peningkatan  bilangan gred B+  daripada kosong  kepada 3 orang murid. Peratus lulus juga meningkat sebanyak 14%.

Peningkatan prestasi ini mungkin berlaku kerana murid melakukan paksaan terhadap minda untuk mengingati fakta penting sama ada pemberi maklumat atau penerima maklumat. Mereka memberi tumpuan dan leka dengan penyampaian rakan.

Selain daripada itu saya dapati ada murid yang sebelum ini terlalu pendiam dapat bercakap dan menyampaikan fakta kepada rakan. Mereka juga bertanya jika apa yang tercatat di dalam kad  fakta tidak dapat difahami. Situasi ini berlaku mungkin kerana mereka bimbang ada rakan yang tak faham dan akan bertanya. Satu situasi yang berbeza dengan P&P sebelum ini.

Didapati juga murid yang menyampaikan fakta kepada rakan lebih bertanggung jawab terhadap isi-isi penting yang dibawa balik ke kumpulan masing-masing. Ini wujud kerana isi penting borang fakta yang perlu dicatat itu sama dengan isi penting kad fakta

Secara umumnya murid memberi respon yang baik bila menggunakan kaedah ini dan saya percaya ia boleh dimanfaatkan walaupun kelas ini merupakan kelas yang tercorot tetapi mereka mampu berbincang dan bekerjasama  antara satu sama lain. Seterusnya fakta penting dapat diingati kerana murid kelas ini sememangnya  majoriti tidak membaca di rumah hanya mengharapkan guru di dalam  kelas sepenuhnya. Lebih menyedihkan  lagi apabila banyak berlaku kes ponteng.

Namun begitu apa yang dapat saya  selesaikan ialah masalah mengingati fakta dan murid belajar hari ini dapat hari ini serta ingat dalam jangka masa yang panjang.

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Kaedah ini didapatiapat menarik minat murid untuk belajar sejarah. Murid juga didapati lebih aktif dan bersemangat tinggi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu ada  peningkatan penguasaan fakta di kalangan murid.

Cadangan kaedah ini bolehlah diperluaskan lagi bagi murid kategori sederhana dan cemerlang. Saya menjangkakan murid kategori cemerlang dapat menjalankan aktiviti kaedah ini lebih baik kerana daya ingatan mereka lebih kuat berbanding kelas bawah. Seterusnya diperluaskan lagi bagi semua kelas tingkatan  empat ,tiga, dua dan satu untuk mengiakan keberkesanannya.

KT 2010

                                                                                                                       











LAMPIRAN










KAD  FAKTA

KAD 1

CIRI-CIRI PBB
1.     Ditubuhkan pada tahun 1945
2.     Setelah liga Bangsa gagal halang PD2
3.     Ibu pejabat asal di San Francisco
4.     Kemudian berpindah ke New York
5.     Awal penubuhan PBB dianggotai 51 buah Negara
6.     Malaysia menjadi ahli pada 1957



KAD 2

PIAGAM PBB
Satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip asas hubungan antarabangsa di kalangan Negara anggota.



KAD 3

MATLAMAT PIAGAM PBB
1.    Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
2.    Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara Negara anggota.
3.    Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa
4.    Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit
5.    Mengharmonikan tindakan negara anggota




KAD 4(a)
SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA PBB
1.     Menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di Congo
2.     Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan
3.     Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iran
4.     Menghantar pemerhati menyelesaikan perang saudara di Kampuchea
5.     Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia

                                                                                       
KAD 4(b)
SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA PBB
6.     Menentang dasar apartheid
7.     Menyarankan agar benua antartika menjadi warisan dunia
8.     Menjadi ahli bank dunia
9.     Menyokong usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah
10.                        Bekerjasama dlm bidang pengeluaran makanan di bawah agensi FAO

        
KAD 4(c)
SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA PBB
11.                        Kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bwh WHO
12.                        Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bwh UNESCO
13.                         Menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB
14.                        Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB
15.                        Mendesak PBB menyelesaikan masalah palestin





KAD 5
FAEDAH KEPADA MALAYSIA MELALUI KEANGGOTAAN PBB
1.     Mendapat bantuan kewangan melalui Bank Dunia
2.     Kemasukan pelabur asing
3.     Untuk membasmi kemiskinan di luar Bandar
4.     Dan menyediakan peluang pekerjaan
5.     Dapat menjayakan FELDA melalui bantuan Bank Dunia
6.     Membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan





BORANG FAKTA
Setiap ahli kumpulan akan mengisi borang ini berdasarkan apa yang diceritakan oleh wakil kumpulan
KAD 1

CIRI-CIRI PBB
7.      
8.      
9.      
10.                         
11.                        Awal penubuhan PBB dianggotai 51 buah Negara
12.                         



KAD 2

PIAGAM PBB
Satu perjanjian antarabangsa

…………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………..


KAD 3

MATLAMAT PIAGAM PBB
6.    Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
7.     
8.     
9.     
10.                         




KAD 4(a)
SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA PBB
16.                        Menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di Congo
17.                         
18.                         
19.                         
20.                        Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia

                                                                                       
KAD 4(b)
SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA PBB
21.                        Menentang dasar apartheid
22.                         
23.                         
24.                         
25.                         

        
KAD 4(c)
SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA PBB
26.                         
27.                         
28.                         
29.                        Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB
30.                         



KAD 5
FAEDAH KEPADA MALAYSIA MELALUI KEANGGOTAAN PBB
7.     Mendapat bantuan kewangan melalui Bank Dunia
8.      
9.      
10.                         
11.                         
12.                        

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...