Copyright© All Rights Reserved mudahnyasejarahspm.blogspot.com

Friday, November 15, 2013

MUDAHNYA SEJARAH



PENGENALAN

Ada murid yang mengatakan belajar mata pelajaran sejarah susah. Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta, malas nak hafal isi penting, tidak berminat, susah nak ingat tahun   dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. 
 
Walau apa alasan sekalipun kita kena sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita kenal siapa diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan  negara kita. Cuba bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan kawan anda dari negara asing bertanya tentang Malaysia.  Contoh soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan, Pilihan Raya di Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya  dan banyak lagi tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.

Jika anda tidak belajar sejarah macam mana anda hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri. Adalah satu penipuan yang besar juga anda mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan yang  besar.?

Pertama anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya  “saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kelmarin’.  Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.

Kedua, anda menerangkan tentang keluarga anda kepada rakan. Contohnya nama ibu dan bapa, nama tempat tinggal dan bila anda dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang itu juga sejarah.

Ketiga, anda belajar mata pelajaran yang lain . Adakah terkandung tentang sejarah?. Boleh dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah walaupun mata pelajaran matematik. Sebab apa saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam matematik dan bandingkan dengan sejarah tingkatan empat juga ada terkandung teori yang dikemukakan oleh ilmuan Islam.

Keempat, anda menonton permainan bola sepak malam tadi dan anda ceritakan kepada rakan anda. Itu juga sejarah.

Kelima, anda kata pelajaran sejarah susah. Ada caranya untuk kita permudahkan. Nanti saya tunjukkan.

Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga mata pelajaran sejarah. Baiklah apa yang saya katakan mudahnya  belajar sejarah ?.  Saya  nyatakan CARA MUDAH untuk belajar sejarah seperti berikut mengikut kesesuaian tajuk.

MUDAH INGAT 1

Biasanya pelajar lebih mudah ingat apa yang ada di sekeliling mereka. Ada tajuk tetentu yang boleh gunakan persekitaran pelajar untuk menjelaskan lagi  tajuk berkenaan. Malah bukan itu sahaja  kaedah ini boleh meningkatkan daya ingatan pelajar untuk jangka masa yang lama, sebab setiap hari pelajar lihat persekitaran mereka.

4.2 Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri . Peranan Kerajaan Tempatan. Sejarah Ting 5 MS 71 

Untuk tajuk ini persekitaran pelajar yang saya gunakan ialah Mergong Alor Setar dan SMKTAR, kerana pelajar saya tinggal di sekitar Mergong. Setiap hari mereka lalui kawasan Mergong  sebelum masuk ke kawasan sekolah . Oleh itu mereka lihat jalan, bangunan yang ada itu setiap hari. Sesuatu yang mustahil jika masih lagi tidak dapat ingat dan rasa susah untuk belajar sejarah. Saya permudahkan tajuk di atas dengan cara seperti berikut.


Peranan Kerajaan Tempatan
Mergong dan SMKTAR
Membangunkan perumahan awam
Taman Rakyat
Menyediakan kemudahan sukan dan kebudayaan 
Ada Dewan, padang permainan, padang STAR
Menyediakan pasukan bantuan dan penyelamat
Ada Bomba dan Penyelamat
Menyediakan Kemudahan awam
Ada Dewan, tandas awam, padang permainan, 
Menyelenggara jalan raya
Menyelenggara Jalan Putra
Menyelenggara sistem saliran
Pekerja Majlis Bandaran menyelenggara sistem saliran
Mengindahkan kawasan
Pekerja kebersihan STAR membersihkan kawasan
Menyediakan perkhidmatan pembersihan.
Lori sampah mengangkut sampah
Menjaga kesihatan awam.
Fogging. Cegah aedes.


Saya membandingkan persekitaran murid dengan peranan Kerajaan Tempatan.  
Peranan kerajaan tempatan ialah membangunkan perumahan awam, persekitaran murid ialah Taman Rakyat yang hari hari mereka lihat dan lalu di kawasan tersebut. Malah ada yang tinggal di Taman Rakyat tersebut. Oleh itu lebih mudah ingat dengan mengingati Taman Rakyat dan dikaitkan dengan peranan kerajaan tempatan iaitu membangunkankan Perumahan Awam.
Begitu juga isi penting yang lain dikaitkan dengan persekitaran murid seperti di atas.
Ini merupakan satu  cara mudah untuk ingati fakta tanpa bersusah payah. Hanya kaitkan dengan persekitaran atau tempat tinggal kita sahaja. Mudah bukan. Selepas itu tulis dalam bentuk essei untuk soalan kertas 2 bahagian B.

MUDAH INGAT 2

Kaedah yang hendak dikemukakan ini ialah  Kaedah Kata Kunci supaya pelajar mudah ingat sesuatu fakta dalam masa yang singkat.

3.4 Amalan Demokrasi berparlimen dan pengasingan Kuasa.
Kebebasan Asasi Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Sejarah Ting 5 (MS 51)

Kebebasan diri-Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya.
Kebebasan beragama-Islam agama persekutuan, pengganut agama lain boleh amalkan agama masing-masing.
Kebebasan Bersuara,berhimpun dan berpersatuan- Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan.
Hak berkenaan dengan Pendidikan- Tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir.

Kata Kunci Utama-         Kebebasan
Kata Kunci Sampingan- 1. diri
                                        2. agama
                                        3. suara
                                        4. pendidikan
Dengan hanya mengingati kata kunci di atas diharapkan dapat membantu mengingati fakta di atas.      Perkataan di atas merupakan kata kunci yang boleh dihafal oleh pelajar. Jika tidak ingat ayat yang penuh bolehlah merujuk nota di atas. Cara ini menjimatkan masa untuk mengulangkaji sebab dapat mengelak daripada membaca ayat yang panjang.

MUDAH INGAT 3
 
Bab 8: Pilihan Raya.
 
Di dalam kelas sesetengah pelajar ada bakat melukis ataupun suka melukis. Jadi bolehlah melukis apabila sampai ke tajuk yang bersesuaian.  Tidak salah di dalam nota pelajar diletakkan satu lukisan supaya mudah mengingati  fakta. Dengan lain perkataan sekali baca boleh ingat dalam jangka masa yang panjang.

Tajuk : Proses di dalam Bilik Mengundi. Sejarah Ting 4. MS 203



                                    1. Kerani pengundian
                                    2. Tempat mengundi
                                    3. Tempat kotak undi
                                    4. Wakil parti politik
                                    5. Ketua Bilik Mengundi
                                    6. Keluar

Lukisan tersebut memberi gambaran yang jelas proses dalam Bilik Mengundi dan lebih mudah                untuk ingat. Aliran atau proses pengundi dari mula hingga akhir disertakan. Lukisan seperti ini jika murid sendiri yang melukisnya sudah tentu memberi kelebihan kerana lebih mudah untuk ingat. Gunakan kelebihan anda untuk membantu memudahkan pemahaman dan ingatan terhadap isi penting.


MUDAH INGAT 4

10.5 Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan.
(Bab 10 ting 5)

TEKNIK PETA MINDA BERGAMBAR



Diharapkan dengan cara ini dapat membantu pelajar mengingati isi penting dengan mudah dan tidak perlu membaca berulang kali.

MUDAH INGAT 5

Menggunakan gambar (Bab 4 Sejarah Ting 4)

Mmenggunakan gambar untuk menerangkan sesuatu. Tajuk yang saya  pilih ialah Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.(Bab 4 Sejarah Ting 4)
Masyarakat arab jahiliah mempunyai seorang Sheikh.   Perlantikan  Sheikh adalah berasaskan syarat-syarat berikut:
  •           Gagah
  •           Berani
  •           Berfikiran matang
  •           Pandai berpidato.
  •           Disukai oleh ahli kabilah
  •           Mendapat persetujuan ramai
Gambar di atas boleh menggambarkan seorang sheikh kepada pelajar . penjelasan di bawah juga akan membolehkan pelajar  mudah ingat fakta di atas sebab ia lihat sendiri Sheikh yang dimaksudkan dalam tajuk di atas.
 
    Adakah kelihatan gagah? Memang gagah berdasarkan wajah dan badannya yang tegap 
    Adakah kelihatan seorang yang berani? Memang berani berdasarkan raut wajahnya.
    Adakah ia seorang berfikiran matang?. Sudah tentu matang berdasarkan wajah dan ketrampilan.
    Adakah ia pandai berpidato? Sudah tentu sebab wajahnya seperti  ahli politik
    Adakah disukai ramai?. Sudah tentu sebab handsome
  Diharapkan dengan menggunakan gambar seperti di atas dapatmembantu pelajar mengingati sesuatu fakta dengan mudah. Tajuk lain juga boleh menggunakan gambar jika bersesuaian.

MUDAH INGAT 6

Aktiviti bebas
Peta Ekspedisi/lawatan penulis ke Kemboja



Mata pelajaran sejarah merupakan  kajian sains sosial yang boleh menggalakkan pemikiran produktif dan kreatif. Antara aktiviti bebas ialah pelajar menjalan projek secara  berkumpulan atau bersendirian. Umpamanya menulis essei, koleksi gambar , lawatan, menulis essei dan berbagai-bagai aktiviti lain yang boleh membantu P&P  mata pelajaran sejarah dan seterusnya menarik minat untuk  mempelajari sejarah. Aktiviti bebas yang saya pilih ialah lawatan dan koleksi gambar. Tempat lawatan ialah Muzium Perang di Penang beserta koleksi gambar di muzium berkenaan. Keseluruhannya koleksi gambar itu berkaitan dengan pendudukan Jepun di Tanah  Melayu. Ini ada kaitan dengan Sejarah Tingkatan 3 dan tingkatan 5. Lihat koleksi  gambar di bawah.
















 

MUDAH INGAT 7

Cara mudah untuk mengingati fakta yang seterusnya ialah menggunakan formula

Matlamat ke Arah Kesejahteraan . Sejarah Ting 5. MS 158

Matlamat Rukun Negara


Prinsip Rukun Negara



















Bagaimana?. Adakah anda rasa mudah untuk ingat fakta melalui kaedah ini?.

MUDAH INGAT 8
 
Mudah Ingat 8 merupakan salah satu Kajian Tindakan yang telah saya jalankan untuk menjawab soalan objektif  yang berkesan dan efektif yang bertajuk Penguasan Fakta Melalui Kaedah Rakan Fakta


Aktiviti 1: Pelajar menjawab soalan objektif  yang sama seperti di aktiviti satu

dan mencatat ayat buku teks untuk membuktikan jawapan yang dipilih itu tepat. Pelajar juga dikehendaki mencatat muka surat berdasarkan buku teks yang dirujuk. Semua catatan itu ditulis di bawah soalan di ruang yang telah disediakan Catatan itu sebagai tanda pelajar memperolehi jawapan tepat dan fakta yang akan diingati oleh pelajar. Pelajar juga akan membuat pembetulan jawapan  semasa aktiviiti dua ini.



Aktiviti 2: Pelajar mencatat apa yang mereka Terbaca dan Terlihat semasa

mencari ayat jawapan bagi soalan dan tajuk berkenaan Contohnya tokoh,peristiwa, gambar, peta dan istilah penting. Semua catatan tersebut dipindahkan  ke dalam buku notan



Aktiviti 3: Pelajar bertukar-tukar fakta iaitu ayat dan muka surat yang diperolehi  dari buku teks. Dengan lain perkataan saling membantu antara satu sama lain seperti kerengga di bawah


  1. Contoh pelaksanaan.

1.1 Contoh soalan latihan yang dibekalkan oleh guru yang telah disertakan dengan Muka Surat, Perenggan dan Baris di dalam Buku teks untuk memudahkan pelajar mencari jawapan.

       Soalan 1 

            1 Maklumat berikut berkaitan dengan Majlis Perundingan Negara (MAPEN). MS 166 P2 B3

                       MS- Muka Surat .  P2- Perenggan 2 .   B3- Baris 3

                                  

*Ditubuhkan pada bulan Januari 1970

 *Dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat           

 Mengapakah MAPEN ditubuhkan?

A Memajukan ekonomi negara

B Memupuk identiti kebangsaan

C Meningkatkan pendapatan negara

D Menggubal undang-undang negara



Jawapan:_______
AyatBukuTeks:___________________________________________
M.S:________


CATATAN: Peristiwa, gambar, peta, tokoh
atau apa saja yang pelajar terbaca
atau terlihat.

________________________________


1.2 Tugas pelajar
1.    Mencari jawapan dalam buku teks

2.    Menulis jawapan  A, B, C atau D

3.    Menulis ayat buku teks

4.    Menulis muka surat

5.    Mencatat peristiwa, gambar,     
       tokoh        atau apa saja yang pelajar 
       terbaca atau   terlihat.
                6.    Pelajar bertukar-tukar  maklumat
                7.    Akhir sekali jawapan boleh ditulis seperti di bawah di dalam 
                       buku latihan

CONTOH LATIHAN 2 DALAM 1

 

BIL

JAWAPAN

AYAT BUKU TEKS

MS

1

B

MAPEN ditubuhkan untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat

 

166

2

 

 

 

 

3

 

 

 

 


Diharapkan kaedah ini membantu pelajar menjawab soalan objektif dan dapat juga mengelak kekeliruan untuk memilih jawapan. Kaedah ini boleh dipraktikkan untuk semua bab sejarah tingkatan 4 dan 5.

MUDAH INGAT 9

Ciri-ciri kerajaan Maritim(Bab:3 Ting 4)

Cara mudah untuk mengingati ciri-ciri kerajaan maritim yang dapat dicadangkan ialah dengan melihat  gambar di bawah.

 
:
Maklumat berkaitan gambar di atas ialah, pesisiran pantai, lembah sungai, kepulauan, pelabuhan, perdagangan, hasil laut, ikan, kapal, ahli pelayaran, kuala, kemudahan pelabuhan dan orang laut

Berdasarkan maklumat gambar di atas dapat menjelaskan ciri-ciri kerajaan maritim dengan hanya berpandukan gambar di atas atau menggambarkan kawasan kuala atau laut.

Apa yang mudah?. Pindahkan saja isi penting maklumat di atas dalam bentuk ayat yang lengkap semasa menjawab soalan latihan atau peperiksaan.
Contoh Jawapan
Kerajaan maritim terbentuk di kawasan pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Peranan kerajaan maritim ialah sebagai pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan pelabuhan entreport. Contoh pelabuhan pembekal ialah Kuala Selinsing(Perak).Ciri yang berikutnya ialah menjalankan kegiatan perdagangan, memungut hasil laut dan menangkap ikan. Selain daripada itu kerajaan maritim juga membina kapal layar dan perahu. Ada juga penduduknya yang menjadi ahli pelayaran.Sebagai pelabuhan entreport kerajaan maritim menyediakan kemudahan pelabuhan seperti tempat membaiki kapal. Penduduknya pula ialah orang laut, orang tempatan dan pedagang asing.


Perhatikan perkataan yang dihitamkan sama dengan maklumat gambar di atas. Ini salah satu cara untuk ingat dengan melihat gambar yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.

MUDAH INGAT 10

i-THINK

i-Think merupakan satu program bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan  murid  berinovatif 
Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam proses PdP di samping melaksanakan aktiviti kemahiran beraras tinggi.
 .
Peta i-Think










MUDAH INGAT 11

Sekitar Kelas



1.2 Ciri-ciri Negara yang  Berdaulat. Sejarah Bab 1 Tingkatan 5.(MS 8) 
Sila lihat gambar dan label di atas. Gambar di atas adalah situasi sebenar setiap hari di dalam kelas. Oleh itu lebih mudah untuk mengingati isi penting ciri negara berdaulat. Ayat di bawah menerangkan dengan lebih jelas lagi.
Negara ialah wilayah yang mempunyai pemerintahan(1), sempadan(2), perundangan(3) dan rakyat(4).
Dengan hanya melihat ketua kelas, rakan-rakan dan dinding di kelas dapat membantu memudahkan mengingati isi penting ciri-ciri negara yang berdaulat. 

1. Ketua Kelas(ketua kerajaan)pemerintahan negara berdaulat diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik. Ketua utama negara ialah Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri.

2. Dinding kelas(Sempadan)- Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri dan negara. Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat antarabangsa.

3. Peraturan kelas(perundangan)- Sistem perundangan menjadi asas kepada peraturan negara dan penting untuk memelihara kesejahteraan dan melindungi rakyat. 

4. Rakan-rakan(rakyat)- Rakyat merupakan penduduk di sesebuah negara. Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah
        

MUDAH INGAT 12

Tajuk : Sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang Ekonomi.

Menggunakan Alat Pertanian- Cangkul Untuk Lebih Mudah Ingat


Secara mudah untuk mengingati fakta melalui gambar di atas ialah penciptaan cangkul dibuat daripada besi dan digunakan untuk membuat batas.

Ayat yang boleh diubah untuk jawapan peperiksaan seperti berikut:

Kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk tujuan pertanian. Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Petani menggantikan alatan pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi.


Mudah Ingat 13.



Monday, August 18, 2014


Mudah Ingat Khalifah

Konsep Khalifah
Khalifah ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti. Dalam konteks ini khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam konteks agama pula perkataan ini bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan juga mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam. 

Cara mudah untuk mengingati  nama khalifahini sangatlah mudah. Insyaallah sekali praktik dah boleh ingat. Sila lihat nota di bawah

                           A
                           U
                           U
                           A

A- Khalifah  Abu Bakar al-Siddiq
U- Khalifah Umar bin al-Khattab 
U- Khalifah Uthman bin Affan 
A- Khalifah Ali bin Abu Talib












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...