Copyright© All Rights Reserved mudahnyasejarahspm.blogspot.com

Friday, November 15, 2013

MUDAHNYA SEJARAH



PENGENALAN

Ada pelajar yang mengatakan belajar mata pelajaran sejarah susah. Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta, malas nak hafal isi penting, tidak berminat, susah nak ingat tahun   dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. 
 
Walau apa alasan sekalipun kita kena sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita kenal siapa diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan  negara kita. Cuba bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan kawan anda dari negara asing bertanya tentang Malaysia.  Contoh soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan, Pilihan Raya di Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya  dan banyak lagi tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.



Jika anda tidak belajar sejarah macam mana anda hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri. Adalah satu penipuan yang besar juga anda mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan yang  besar.?

Pertama anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya  “saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kelmarin’.  Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.

Kedua, anda menerangkan tentang keluarga anda kepada rakan. Contohnya nama ibu dan bapa, nama tempat tinggal dan bila anda dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang itu juga sejarah.

   
Ketiga, anda belajar mata pelajaran yang lain . Adakah terkandung tentang sejarah?. Boleh dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah walaupun mata pelajaran matematik. Sebab apa saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam matematik dan bandingkan dengan Sejarah tingkatan empat juga ada terkandung teori yang dikemukakan oleh ilmuan Islam.


Keempat, anda menonton permainan bola sepak malam tadi dan anda ceritakan kepada rakan anda. Itu juga sejarah.


Kelima, anda kata pelajaran sejarah susah. Ada caranya untuk kita permudahkan. Nanti saya tunjukkan.


Keenam, anda masuk jurusan apapun di universiti anda tidak akan terlepas daripada sejarah. Tak percaya masuklah mana-mana universiti dulu.



Saya pasti anda akan sedar kepentingan mata pelajaran sejarah semasa anda akan hadapi satu temuduga untuk biasiswa, pekerjaan dan perjawatan atau kenaikan pangkat setelah  anda meninggalkan alam persekolahan. Saya pasti.

Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga mata pelajaran sejarah. Tak Kenal Maka Tak Cinta. Baiklah apa yang saya katakan mudahnya  belajar sejarah ?.  Saya  nyatakan CARA MUDAH untuk belajar sejarah seperti berikut mengikut kesesuaian tajuk.

MUDAH INGAT 1

Biasanya pelajar lebih mudah ingat apa yang ada di sekeliling mereka. Ada tajuk tetentu yang boleh gunakan persekitaran pelajar untuk menjelaskan lagi  tajuk berkenaan. Malah bukan itu sahaja  kaedah ini boleh meningkatkan daya ingatan pelajar  untuk jangka masa yang lama, sebab setiap hari pelajar lihat persekitaran mereka.


Tajuk : Ciri-ciri Bandar Terancang Tamadun Indus.(Bab 1 .Ting 4)
Untuk tajuk ini persekitaran pelajar yang saya gunakan ialah Pekan Jeniang, kerana pelajar saya tinggal di sekitar pekan Jeniang. Setiap hari mereka akan melepasi pekan Jeniang sebelum masuk ke kawasan sekolah . Oleh itu mereka lihat jalan, bangunan yang ada itu setiap hari. Sesuatu yang mustahil jika masih lagi tidak dapat ingat dan rasa susah untuk belajar sejarah. Saya permudahkan tajuk di atas dengan cara seperti berikut.


Bandar Terancang Tamadun Indus
Mohenjo Daro dan Harappa
Pekan Jeniang
Jalan raya yang lurus
Jalan raya yang lurus
Ada pusat pentadbiran
Ada MPSP
Ada pusat keagamaan
Ada Masjid Safuan dan  Wat Siam
Sistem kumbahan terancang
Sistem kumbahan terancang
Bangunan disusun berasaskan blok
Bangunan disusun berasaskan blok
Setiap blok dipisahkan jalan raya
Setiap blok dipisahkan jalan raya
Bandar dihubungkan dengan sungai
Jeniang juga ada sungai
Menggunakan ilmu geometri dan math
Menggunakan ilmu geometri dan math
Ada kawasan perumahan
Taman Sri Emas


Ingat masjid dapat markah
Saya membandingkan persekitaran pelajar dengan bandar terancang tamadun Indus.  Jalan- setiap hari gunakan jalan itu. Masjid- sembahyang di masjid. Sistem kumbahan- hari-hari buang sudah tentu boleh ingat.  Sungai- setiap hari lihat sungai, memancing, mandi dan sebagainya.

Ini merupakan satu  cara mudah untuk ingati fakta tanpa bersusah payah. Hanya kaitkan dengan persekitaran atau tempat tinggal kita sahaja. Mudah bukan. Selepas itu tulis dalam bentuk essei untuk soalan kertas 2 bahagian B.

MUDAH INGAT 2

Kaedah yang hendak dikemukakan ini ialah  Kaedah Kata Kunci supaya pelajar mudah ingat sesuatu fakta dalam masa yang singkat.
Tajuk: Ciri-ciri Kerajaan Agraria(Bab 3 ting 4)

Kerajaan agraria terbentuk di kawasan pertanian subur. Ada juga kerajaan agraria terbentuk di kawasan pedalaman. Kegiatan ekonomi pula ialah menanam padi sawah dan padi huma. Selain daripada itu mengutip hasil hutan seperti kayu gaharu menjadi kegiatan ekonomi yang penting. Ciri yang berikutnya ialah menangkap ikan dan  menternak binatang seperti ayam.                                                         ( 9 markah)                                                                                
subur
pedalaman
sawah
huma
hutan
gaharu
tangkap
ternak
ayam

Perkataan di atas merupakan kata kunci yang boleh dihafal oleh pelajar. Jika tidak ingat ayat yang penuh bolehlah merujuk essei di atas. Cara ini menjimatkan masa untuk mengulangkaji sebab dapat mengelak daripada membaca ayat yang panjang.

MUDAH INGAT 3
 
Tajuk: Kerajaan Agraria -Kepentingan Tasik Tonle Sap(Bab 3 ting 4)
 
Di dalam kelas sesetengah pelajar ada bakat melukis ataupun suka melukis. Jadi bolehlah melukis apabila sampai ke tajuk yang bersesuaian.  Tidak salah di dalam nota pelajar diletakkan satu lukisan supaya mudah mengingati  fakta. Dengan lain perkataan satu kali baca boleh ingat dalam jangka masa yang panjang.


Tajuk : Peranan/kepentingan Tasik Tonle Sap( sejarah ting 4 bab 3)





Ayat Penuh:

Peranan tasik Tonle Sap ialah menjadi kawasan penanaman padi sawah yang penting. Selain daripada itu kawasan sekitar tasik menjadi subur kerana mendapan lumpur pada musim kemarau. Peranan yang lain ialah tempat bekalan sumber protein atau ikan.
(Lihat perkataan bergaris dan bandingkan dengan perkataan dalam lukisan)
Mudah . Dengan hanya melukis. Yang penting ingat fakta. Lukisan comot  tak apa. Semasa menjawab soalan essei jangan pula dilukis gambar tasik tu. Hanya lukis dalam buku nota.

MUDAH INGAT 4

Tajuk: Kerajaan Agraria -Ciri-Ciri Kerajaan Agraria (Bab 3 ting 4)

TEKNIK MAKAN NASI DALAM MUDAHNYA SEJARAH



Teknik ini boleh digunakan bagi tajuk CIRI-CIRI KERAJAAN AGRARIA.
Perhatikan gambar sepinggan nasi di atas. Makanan yang terdapat di dalam gambar di atas ialah:

1. Nasi
2. Ayam/telor
3. Sayur
4. Jagung
5. Ikan
6. Kari
7. Buah


Sekiranya setiap hari kita makan nasi sudah tentu kita akan ingat dengan mudah ciri-ciri kerajaan agraria. Lihat ayat di bawah.

Nasi - asal daripada padi sawah dan huma. Oleh itu isi pentingnya ialah:
          1. Masyarakat agraria menanam padi huma ( 1 markah)

          2. Masyarakat agraria menanam padi sawah (1 markah)
Ayam/Telor- boleh dikaitkan dengan penternakan.
          3. Menternak binatang seperti ayam(1markah)
Sayur- boleh dikaitkan dengan menanam
          4. Menanam sayur-sayuran(1 markah)
Ikan- boleh dikaitkan dengan tangkap ikan
          5. Menangkap ikan (1 markah)
Kari- boleh dikaitkan dengan rempah.
          6. Mengumpul rempah ratus(1 markah)
Buah- boleh dikaitkan dengan mengutip hasil hutan

          7. Mengutip hasil hutan seperti  buah-buahan (1 markah)

Jumlah isi atau markah ialah 7. Jika setiap hari makan nasi seperti gambar di atas sudah tentu lebih mudah untuk mengingati isi penting ciri-ciri kerajaan agraria. Kalau masih tidak dapat ingat lagi maknanya pelajar berkenaan tidak pernah makan nasi. Diharapkan dengan cara ini dapat membantu pelajar mengingati isi penting dengan mudah dan tidak perlu membaca berulang kali.

MUDAH INGAT 5

Menggunakan gambar (Bab 4 Sejarah Ting 4)

Mmenggunakan gambar untuk menerangkan sesuatu. Tajuk yang saya  pilih ialah Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.(Bab 4 Sejarah Ting 4)
Masyarakat arab jahiliah mempunyai seorang Sheikh.   Perlantikan  Sheikh adalah berasaskan syarat-syarat berikut:
  •           Gagah
  •           Berani
  •           Berfikiran matang
  •           Pandai berpidato.
  •           Disukai oleh ahli kabilah
  •           Mendapat persetujuan ramai
Gambar di atas boleh menggambarkan seorang sheikh kepada pelajar . penjelasan di bawah juga akan membolehkan pelajar  mudah ingat fakta di atas sebab ia lihat sendiri Sheikh yang dimaksudkan dalam tajuk di atas.
 
    Adakah kelihatan gagah? Memang gagah berdasarkan wajah dan badannya yang tegap 
    Adakah kelihatan seorang yang berani? Memang berani berdasarkan raut wajahnya.
    Adakah ia seorang berfikiran matang?. Sudah tentu matang berdasarkan wajah dan ketrampilan.
    Adakah ia pandai berpidato? Sudah tentu sebab wajahnya seperti  ahli politik
    Adakah disukai ramai?. Sudah tentu sebab handsome
  Diharapkan dengan menggunakan gambar seperti di atas dapatmembantu pelajar mengingati sesuatu fakta dengan mudah. Tajuk lain juga boleh menggunakan gambar jika bersesuaian.

MUDAH INGAT 6

Aktiviti bebas
Peta Ekspedisi/lawatan penulis ke Kemboja



Mata pelajaran sejarah merupakan  kajian sains sosial yang boleh menggalakkan pemikiran produktif dan kreatif. Antara aktiviti bebas ialah pelajar menjalan projek secara  berkumpulan atau bersendirian. Umpamanya menulis essei, koleksi gambar , lawatan, menulis essei dan berbagai-bagai aktiviti lain yang boleh membantu P&P  mata pelajaran sejarah dan seterusnya menarik minat untuk  mempelajari sejarah. Aktiviti bebas yang saya pilih ialah lawatan dan koleksi gambar. Tempat lawatan ialah Muzium Perang di Penang beserta koleksi gambar di muzium berkenaan. Keseluruhannya koleksi gambar itu berkaitan dengan pendudukan Jepun di Tanah  Melayu. Ini ada kaitan dengan Sejarah Tingkatan 3 dan tingkatan 5. Lihat koleksi  gambar di bawah.
















 

MUDAH INGAT 7

Cara mudah untuk mengingati fakta yang seterusnya ialah menggunakan formula
Tajuk: Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India. (bab:  7  ting 4)

ACI

JES

Negara                    Tokoh

A= Arab                   J= John Crawford

C= China                  E= Emanuel Gadinho Eredia 
I= India                   S= Snouck Hurgronje

Pelajar hafal formula ACI dan JES


Ayat penuh: 

Teori yang pertama ialah Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab. Teori ini dikemukakan oleh John Crawford. Teori yang kedua ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia. Manakala teori yang ketiga pula ialah Islam datang dari india. Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje.

Bagaimana?. Adakah anda rasa mudah untuk ingat fakta melalui kaedah ini?.

MUDAH INGAT 8
 
Mudah Ingat 8 merupakan salah satu Kajian Tindakan yang telah saya jalankan untuk menjawab soalan objektif  yang berkesan dan efektif yang bertajuk Penguasan Fakta Melalui Kaedah Rakan Fakta

Aktiviti 1: Pelajar menjawab soalan objektif  yang sama seperti di aktiviti satu

dan mencatat ayat buku teks untuk membuktikan jawapan yang dipilih itu tepat. Pelajar juga dikehendaki mencatat muka surat berdasarkan buku teks yang dirujuk. Semua catatan itu ditulis di bawah soalan di ruang yang telah disediakan Catatan itu sebagai tanda pelajar memperolehi jawapan tepat dan fakta yang akan diingati oleh pelajar. Pelajar juga akan membuat pembetulan jawapan  semasa aktiviiti dua ini.



Aktiviti 2: Pelajar mencatat apa yang mereka Terbaca dan Terlihat semasa

mencari ayat jawapan bagi soalan dan tajuk berkenaan Contohnya tokoh,peristiwa, gambar, peta dan istilah penting. Semua catatan tersebut dipindahkan  ke dalam buku notan



Aktiviti 3: Pelajar bertukar-tukar fakta iaitu ayat dan muka surat yang diperolehi  dari buku teks. Dengan lain perkataan saling membantu antara satu sama lain seperti kerengga di bawah


  1. Contoh pelaksanaan.

1.1 Contoh soalan latihan yang dibekalkan oleh guru

       Soalan 1

Apakah tujuan British melaksanakan dasar penaklukannya ke atas negeri-negeri Melayu.

A  Mengukuhkan kedudukan politiknya.

B  Memiliki tanah jajahan di negeri Melayu

C  Menguasai ekonomi negeri-negeri    
    Melayu

D Mengawal penduduk di kawasan yang dikuasainya



Jawapan:_______
AyatBukuTeks:___________________________________________
M.S:________




CATATAN: Peristiwa, gambar, peta, tokoh
atau apa saja yang pelajar terbaca
atau terlihat.

________________________________


1.2 Tugas pelajar



1.    Mencari jawapan dalam buku teks

2.    Menulis jawapan  A, B, C atau D

3.    Menulis ayat dalam buku teks

4.    Menulis muka surat

5.    Mencatat peristiwa, gambar,     
       tokoh        atau apa saja yang pelajar 
       terbaca atau   terlihat.
           6.    Pelajar bertukar-tukar  maklumat
Diharapkan kaedah ini membantu pelajar menjawab soalan objektif dan dapat juga mengelak kekeliruan untuk memilih jawapan. Kaedah ini boleh dipraktikkan untuk semua bab sejarah tingkatan 4 dan 5.

MUDAH INGAT 9

Ciri-ciri kerajaan Maritim(Bab:3 Ting 4)

Cara mudah untuk mengingati ciri-ciri kerajaan maritim yang dapat dicadangkan ialah dengan melihat  gambar di bawah.

 
:
Maklumat berkaitan gambar di atas ialah, pesisiran pantai, lembah sungai, kepulauan, pelabuhan, perdagangan, hasil laut, ikan, kapal, ahli pelayaran, kuala, kemudahan pelabuhan dan orang laut

Berdasarkan maklumat gambar di atas dapat menjelaskan ciri-ciri kerajaan maritim dengan hanya berpandukan gambar di atas atau menggambarkan kawasan kuala atau laut.

Apa yang mudah?. Pindahkan saja isi penting maklumat di atas dalam bentuk ayat yang lengkap semasa menjawab soalan latihan atau peperiksaan.
Contoh Jawapan
Kerajaan maritim terbentuk di kawasan pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Peranan kerajaan maritim ialah sebagai pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan pelabuhan entreport. Contoh pelabuhan pembekal ialah Kuala Selinsing(Perak).Ciri yang berikutnya ialah menjalankan kegiatan perdagangan, memungut hasil laut dan menangkap ikan. Selain daripada itu kerajaan maritim juga membina kapal layar dan perahu. Ada juga penduduknya yang menjadi ahli pelayaran.Sebagai pelabuhan entreport kerajaan maritim menyediakan kemudahan pelabuhan seperti tempat membaiki kapal. Penduduknya pula ialah orang laut, orang tempatan dan pedagang asing.


Perhatikan perkataan yang dihitamkan sama dengan maklumat gambar di atas. Ini salah satu cara untuk ingat dengan melihat gambar yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.

MUDAH INGAT 10

i-THINK



















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...