Copyright© All Rights Reserved mudahnyasejarahspm.blogspot.com
Showing posts with label KAJIAN TINDAKAN. Show all posts
Showing posts with label KAJIAN TINDAKAN. Show all posts

Saturday, November 23, 2013

KAJIAN TINDAKAN 2




KAJIAN TINDAKAN




Penguasaan Fakta Sejarah Melalui
Kaedah Rakan Fakta






DISEDIAKAN OLEH,

MEGAT MAWARDI BIN AHMAD
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SULONG
08700 JENIANG,
KEDAH DARUL AMAN.






2007

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN JPN KEDAH (2007)

1.       TAJUK KAJIAN
            Penguasaan Fakta Sejarah Melalui Kaedah Rakan Fakta .
2.        NAMA PENYELIDIK DAN ALAMAT SEKOLAH
Megat Mawardi Bin Ahmad.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong,
            08700 Jeniang, Kedah.

3.         REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
            Berdasarkan pengamatan saya yang lalu semasa mengajar matapelajaran Sejarah didapati minat pelajar terhadap mata pelajaran ini tidak memuaskan hati saya. Sedangkan matapelajaran ini merupakan merupakan satu  matapelajaran yang penting untuk memupuk semangat cinta akan negara dan kenali bangsa sendiri. Oleh itu tidak hairanlah jika tiada minat dan kesungguhan maka penguasaan fakta terhadap sesuatu tajuk yang dibincangkan di dalam kelas tidak dapat dikuasai sepenuhnya. Dengan lain perkataan tiada penghayatan terhadap sejarah negara sendiri. Lebih-lebih lagi apabila ada yang menganggap matapelajaran sejarah mudah dipelajari dan tidak perlu diadakan kelas tambahan.


            Keadaan seperti itu berterusan hinggalah pelajar berkenaan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Saya tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi tugas memupuk minat terhadap sejarah tanah air tidak harus dipandang sebelah mata. Memupuk minat terlebih dahulu kemudian dapat digerakkan minda pelajar untuk menguasai fakta ataupun sebaliknya  adalah penting.

Sunday, November 17, 2013

Kajian Tindakan 1





KAJIAN TINDAKAN


PROGRAM MEMPERKASA INGATAN TERHADAP FAKTA
MELALUI KAEDAH INGAT



DISEDIAKAN OLEH,
MEGAT MAWARDI BIN AHMAD
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SULONG
08700 JENIANG
KEDAH DARUL AMAN



KT2010

PROGRAM MEMPERKASA INGATAN TERHADAP FAKTA MELALUI KAEDAH INGAT

Megat Mawardi b. Ahmad 

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong

08700 Jeniang, Kedah Darul Aman


ABSTRAK


Sebahagian besar daripada murid kelas 5KM2  tidak dapat menguasai fakta sejarah dengan baik. Lantaran itu keputusan peperiksaan atau ujian bulanan yang diperolehi kurang memuaskan.Terdapat seramai 27 orang murid di dalam kelas tersebut. Hasil daripada tinjauan awal mendapati majoriti murid kelas ini gagal dalam mata pelajaran sejarah. Masalah ini berlaku kerana tiada penguasaan fakta yang kukuh. Lebih-lebih lagi kelas ini merupakan kelas terakhir  bagi tingkatan lima di SMKTS. Rata-rata murid kelas ini mengatakan masalah utama mereka ialah tidak  ingat isi penting ataupun fakta. Jadi tidak hairanlah ada yang tidak menjawab soalan peperiksaan .

Oleh itu jalan penyelesaian yang dipilih ialah perlu diwujudkan satu program bagi murid kelas ini ke arah memperkasakan ingatan. Kajian tindakan ini berfokus kepada usaha meningkatkan penguasaan fakta sejarah oleh murid . Justeru, murid telah diterapkan dengan pendekatan pembelajaran secara berkumpulan sebagai usaha meningkatkan prestasi pencapaian mereka. Berdasarkan perbandingan ujian peringkat pra dan ujian pasca dan pemerhatian sikap murid, kajian ini boleh dianggap berjaya kerana terdapat peningkatan peratus lulus . Murid juga lebih bersemangat menghadapi P&P dan tekun menyampaikan maklumat kepada rakan dalam kumpulan masing-masing.

Justeru itu kajian ini akan memfokuskan usaha meningkatkan ingatan terhadap fakta agar murid mendapat satu cara berkesan belajar sejarah. Ini bersesuaian dengan pendapat  Encik Lee Shok Mee dalam bukunya Psikologi Pendidikan (1997) mengatakan ,

 “Tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi
sia-sia sahaja. Dari segi peperiksaan pula kebolehan
mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan
sejauhmana seseorang murid telah mencapai pembelajaran.
Oleh itu kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu
akan menjejaskan prestasi calon. Justeru itu, calon tersebut
dianggap telah gagal dalam pembelajaran”
 

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sebahagian besar murid kelas 5km1  terdiri daripada murid yang lemah dan tidak bermotivasi  untuk belajar. Contohnya tidak menunjukkan minat yang tinggi semasa belajar, tidak bawa buku latihan dan masalah ponteng yang agak tinggi.

Semasa P&P didapati murid memberi perhatian tetapi murid tidak dapat mengingati fakta yang disampaikan sama ada oleh guru atau rakan. Apa yang jelas ialah kesungguhan murid berada di tahap yang rendah. Seolah-olah tiada usaha untuk meningkatkan prestasi peperiksaan dan hanya mengharapkan guru di dalam kelas seratus peratus. Ditambah pula tiada usaha yang dilakukan di rumah. Oleh itu aktiviti dalam kelas yang berkesan adalah perlu supaya  murid dapat mengingati fakta pada masa P&P  berlangsung.

Kekangan-kekangan di atas merupakan suatu cabaran kepada saya dalam  usaha meningkatkan keputusan yang lebih baik. Namun begitu bimbingan perlu diberikan kepada murid kelas ini supaya mereka dapat  menjawab soalan peperiksaan dan sekurang-kurangnya mencapai tahap lulus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...