Copyright© All Rights Reserved mudahnyasejarahspm.blogspot.com

Wednesday, June 11, 2014

MADU KELULUT AKTIFKAN MINDA

Madu kelulut merupakan agen aktifkan minda seseorang.  Amalkan minum madu  setiap pagi mampu mencerdaskan otak. Apa yang berlaku ataupun tidakbalas yang terjadi apabila minum madu ? Kepada yang mengamalkannya sudah pasti dapat merasai perubahan yang berlaku. Apa yang berlaku ialah aliran darah lebih lancar dan oksigen dapat dibawa ke otak seseorang.

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak. Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

  MADU KELULUT ASLI DARI KG HUTAN PALAS KODIANG KEDAH

 
 RM40.00 
 Hubungi: Ahmad@ Mad Ku Hamid - 0125575980

 

 

Tuesday, March 18, 2014

PT3 Ganti PMR

PT3 Ganti PMR - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.

Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.

"(Akan) Ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.

"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.

Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata pihak sekolah akan memaklumkan keputusan penilaian prestasi seseorang murid pada akhir tahun hasil pentaksiran yang dibuat dan murid itu boleh mohon slip keputusan untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh.

Muhyiddin berkata PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.

"Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.

"Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes," katanya.

Beliau berkata melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan, jelas beliau.

-- BERNAMA

Thursday, December 26, 2013

HOTS SEJARAH


CONTOH SOALAN HOTS SEJARAH
HOTS - High Order Thinking Skill


1. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan ekonomi dalam tamadun India dan China untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. 

F1        Sentiasa bersikap inovatif
F2        Sentiasa berusaha membaiki/ 
             meningkatkan kehidupan
F3        Memelihara/ mengekalkan 
             keamanan negara
F4        Mempunyai pemerintahan yang kuat/ 
             adil
F5        Pemerintahan yang berwibawa
F6        meneliti/ menghayati perubahan 
             masyarakat lampau
F7        Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/ sains dan teknologi
F8        Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh
F9        Meningkatkan pemikiran/ kemahiran
F10      Meningkatkan ilmu
F11      Meneroka bidang baru

F1       Always be innovative  
F2       Always strive to improve the / improve life
F3       Conserve / maintain peace in the country
F4       Having a strong rule  /  fair
F5       authoritative rule
F6       review / embrace change
historical society      
F7       Knowledge good religion / philosophy / science and technology
F8       ability to foresee the changes that will happen / foresight
F9       Increase thoughts / skills
F10     Increase knowledge
F11     Exploring new areas

2. Mengapakah kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada bidang pertanian pada hari ini?

F1         Keperluan makanan dalam negara
F2         Tidak bergantung import makanan/ Keperluan sendiri
F3         Menggalakkan pertanian moden
F4         Menggalakkan kemajuan bioteknologi
F5         Memberi peluang pekerjaan
F6         Menghidupkan kembali program bumi hijau
F7         Menambahkan pendapatan
F8         Menebus guna tanah  terbiar
F9         Penerokaan teknologi moden
F10       Menggalakkan penyelidikan dalam bidang pertanian(R&D)
F11       Mengeksploitasi  kesuburan tanah
F12       Gaya hidup sihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...