Copyright© All Rights Reserved mudahnyasejarahspm.blogspot.com

Friday, August 4, 2017

Mudah Ingat- Sekitar Kelas

Mengingati Maksud Negara. Sejarah Bab 3 Tingkatan 5

Maksud Negara

Sila lihat gambar dan label di atas. Gambar di atas adalah situasi sebenar setiap hari di dalam kelas. Oleh itu lebih mudah untuk mengingati isi penting maksud negara. Ayat di bawah menerangkan dengan lebih jelas lagi.

Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk(1), sempadan(2) dan pemerintah(3) yang berwibawa

Dengan hanya melihat ketua kelas, rakan-rakan dan dinding di kelas dapat membantu memudahkan mengingati isi penting yang menjelaskan maksud negara. 

Klik untuk mudah ingat seterusnya
 


i-Think + Sejarah

Monday, August 18, 2014

Mudah Ingat Khalifah

Konsep Khalifah
Khalifah ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti. Dalam konteks ini  khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam konteks agama pula perkataan ini bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan juga mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam. 

Cara mudah untuk mengingati  nama khalifah ini sangatlah mudah. Insyaallah sekali praktik dah boleh ingat. Sila lihat nota di bawah

                           A
                           U
                           U
                           A

A- Khalifah  Abu Bakar al-Siddiq
U- Khalifah Umar bin al-Khattab 
U- Khalifah Uthman bin Affan 
A- Khalifah Ali bin Abu Talib

Teknik mudah ingat yang lain sila rujuk dalam mudahnya sejarah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...