Monday, August 20, 2018
Saturday, August 18, 2018
Tuesday, September 12, 2017
Saturday, August 5, 2017
Friday, August 4, 2017
Mudah Ingat- Sekitar Kelas
Mengingati Maksud Negara. Sejarah Bab 3 Tingkatan 5
Maksud Negara
Sila lihat gambar dan label di atas. Gambar di atas adalah situasi sebenar setiap hari di dalam kelas. Oleh itu lebih mudah untuk mengingati isi penting maksud negara. Ayat di bawah menerangkan dengan lebih jelas lagi.
Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk(1), sempadan(2) dan pemerintah(3) yang berwibawa
Dengan hanya melihat ketua kelas, rakan-rakan dan dinding di kelas dapat membantu memudahkan mengingati isi penting yang menjelaskan maksud negara.
Klik untuk mudah ingat seterusnya
Klik untuk mudah ingat seterusnya
Monday, August 18, 2014
Mudah Ingat Khalifah
Konsep Khalifah
Khalifah ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti. Dalam konteks ini khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam konteks agama pula perkataan ini bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan juga mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.
Cara mudah untuk mengingati nama khalifah ini sangatlah mudah. Insyaallah sekali praktik dah boleh ingat. Sila lihat nota di bawah
A
U
U
A
A- Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
U- Khalifah Umar bin al-Khattab
U- Khalifah Uthman bin Affan
A- Khalifah Ali bin Abu Talib
Teknik mudah ingat yang lain sila rujuk dalam mudahnya sejarah.
Thursday, July 3, 2014
Wednesday, June 11, 2014
MADU KELULUT AKTIFKAN MINDA
Madu kelulut merupakan agen aktifkan minda seseorang. Amalkan minum madu setiap pagi mampu mencerdaskan otak. Apa yang berlaku ataupun tidakbalas yang terjadi apabila minum madu ? Kepada yang mengamalkannya sudah pasti dapat merasai perubahan yang berlaku. Apa yang berlaku ialah aliran darah lebih lancar dan oksigen dapat dibawa ke otak seseorang.
Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu
gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga
segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk
mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen
dapat dibawa ke otak. Mencergaskan
dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
MADU KELULUT ASLI DARI KG HUTAN PALAS KODIANG KEDAH
RM40.00
Hubungi: Ahmad@ Mad Ku Hamid - 0125575980
Tuesday, March 18, 2014
PT3 Ganti PMR
PT3 Ganti PMR - Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.
Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.
"(Akan) Ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.
"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.
Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata pihak sekolah akan memaklumkan keputusan penilaian prestasi seseorang murid pada akhir tahun hasil pentaksiran yang dibuat dan murid itu boleh mohon slip keputusan untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh.
Muhyiddin berkata PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.
"Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.
"Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes," katanya.
Beliau berkata melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan, jelas beliau.
Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.
"(Akan) Ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.
"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.
Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata pihak sekolah akan memaklumkan keputusan penilaian prestasi seseorang murid pada akhir tahun hasil pentaksiran yang dibuat dan murid itu boleh mohon slip keputusan untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh.
Muhyiddin berkata PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.
"Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.
"Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes," katanya.
Beliau berkata melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan, jelas beliau.
-- BERNAMA
Thursday, December 26, 2013
HOTS SEJARAH
CONTOH SOALAN HOTS SEJARAH
HOTS - High Order Thinking Skill
1. Jelaskan iktibar yang
boleh diambil daripada perkembangan ekonomi dalam tamadun India dan China untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
F1 Sentiasa bersikap inovatif
F2 Sentiasa berusaha membaiki/
meningkatkan kehidupan
meningkatkan kehidupan
F3 Memelihara/ mengekalkan
keamanan negara
F4 Mempunyai pemerintahan yang kuat/ keamanan negara
adil
F5 Pemerintahan yang berwibawa
F6 meneliti/ menghayati perubahan
masyarakat lampau
masyarakat lampau
F7 Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/
sains dan teknologi
F8 Kebolehan
menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh
F9 Meningkatkan pemikiran/ kemahiran
F10 Meningkatkan ilmu
F11 Meneroka bidang baru
F1 Always be innovative
F2 Always strive to improve the / improve life
F3 Conserve / maintain peace in the country
F4 Having a strong rule / fair
F5 authoritative rule
F6 review / embrace change historical society
F7 Knowledge good religion / philosophy / science and technology
F8 ability to foresee the changes that will happen / foresight
F9 Increase thoughts / skills
F10 Increase knowledge
F11 Exploring new areas
F1 Always be innovative
F2 Always strive to improve the / improve life
F3 Conserve / maintain peace in the country
F4 Having a strong rule / fair
F5 authoritative rule
F6 review / embrace change historical society
F7 Knowledge good religion / philosophy / science and technology
F8 ability to foresee the changes that will happen / foresight
F9 Increase thoughts / skills
F10 Increase knowledge
F11 Exploring new areas
2. Mengapakah
kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada bidang pertanian pada hari ini?
F1 Keperluan
makanan dalam negara
F2 Tidak
bergantung import makanan/ Keperluan sendiri
F3 Menggalakkan
pertanian moden
F4 Menggalakkan
kemajuan bioteknologi
F5 Memberi
peluang pekerjaan
F6 Menghidupkan
kembali program bumi hijau
F7 Menambahkan
pendapatan
F8 Menebus
guna tanah terbiar
F9 Penerokaan
teknologi moden
F10 Menggalakkan
penyelidikan dalam bidang pertanian(R&D)
F11 Mengeksploitasi kesuburan tanah
F12 Gaya
hidup sihat
Tuesday, December 24, 2013
Monday, December 23, 2013
MUDAHNYA AKTIFKAN MINDA
MADU AKTIFKAN MINDA
Madu kaya dengan
fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi
tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu
sebagai agen untuk mencerdaskan otak.
Dalam kitab,
“ الحث على حفظ العلم ” oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H)
menyatakan bahawa :
Maksudnya : “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Maksudnya : “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl: 68
- 69.
Maksudnya : “...........dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.
Maksudnya : “...........dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.
Adas adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah
Al-Baqarah ayat 61. Adas dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab “ طب
الأيمة ” m.s 389 menyebutkan :
|
وفي بعض الأخبار يورث الحفظ أكل اللحم مما يلي العنق وأكل
الحلوى والعدس والخبر البارد وقراءة اية الكرسى |
Maksudnya : “Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu) makan adas, makan roti dan membaca ayat-ayat al-kursi”. |
Dalam kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu
hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda
Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)
Dengan mencontohi pola makan
Rasulullah S.a.w, kita sebenarnya sedang menjalani terapi pencegahan penyakit
dengan makanan. (Attadawi
bil ghidza`). Ini tentu jauh lebih baik daripada kita harus “berhubungan”
dengan ubat-ubat kimia.
Dalam
setiap aktiviti dan pola hidupnya, Rasulullah S.a.w memang sudah disiapkan
untuk menjadi contoh teladan bagi semua manusia, termasuk dalam hal pola makan.
Ini bukan perkara remeh. Sebab salah satu faktor penting penunjang fizikal
utama Rasulullah adalah kecerdasan beliau dalam memilih menu makanan dan
mengatur pola konsumsinya.
Saturday, November 23, 2013
KAJIAN TINDAKAN 2
KAJIAN TINDAKAN
Penguasaan Fakta Sejarah Melalui
Kaedah Rakan Fakta
DISEDIAKAN OLEH,
MEGAT MAWARDI BIN AHMAD
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SULONG
08700 JENIANG,
KEDAH DARUL AMAN.
2007
KERTAS CADANGAN KAJIAN
TINDAKAN JPN KEDAH (2007)
1. TAJUK KAJIAN
Penguasaan Fakta
Sejarah Melalui Kaedah Rakan Fakta .
2. NAMA PENYELIDIK DAN ALAMAT SEKOLAH
Megat Mawardi Bin
Ahmad.
Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Sulong,
08700 Jeniang, Kedah.
3. REFLEKSI PENGAJARAN
& PEMBELAJARAN
Berdasarkan pengamatan saya yang lalu semasa mengajar
matapelajaran Sejarah didapati minat pelajar terhadap mata pelajaran ini tidak
memuaskan hati saya. Sedangkan matapelajaran ini merupakan merupakan satu matapelajaran yang penting untuk memupuk
semangat cinta akan negara dan kenali bangsa sendiri. Oleh itu tidak hairanlah
jika tiada minat dan kesungguhan maka penguasaan fakta terhadap sesuatu tajuk
yang dibincangkan di dalam kelas tidak dapat dikuasai sepenuhnya. Dengan lain
perkataan tiada penghayatan terhadap sejarah negara sendiri. Lebih-lebih lagi
apabila ada yang menganggap matapelajaran sejarah mudah dipelajari dan tidak
perlu diadakan kelas tambahan.
Keadaan
seperti itu berterusan hinggalah pelajar berkenaan menduduki peperiksaan PMR
dan SPM. Saya tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi tugas
memupuk minat terhadap sejarah tanah air tidak harus dipandang sebelah mata.
Memupuk minat terlebih dahulu kemudian dapat digerakkan minda pelajar untuk
menguasai fakta ataupun sebaliknya
adalah penting.
Sunday, November 17, 2013
Kajian Tindakan 1
KAJIAN TINDAKAN
PROGRAM MEMPERKASA INGATAN TERHADAP FAKTA
MELALUI KAEDAH INGAT
DISEDIAKAN OLEH,
MEGAT MAWARDI BIN AHMAD
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SULONG
08700 JENIANG
KEDAH DARUL AMAN
KT2010
PROGRAM MEMPERKASA INGATAN TERHADAP FAKTA MELALUI KAEDAH INGAT
Megat Mawardi b. Ahmad
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong
08700 Jeniang, Kedah Darul Aman
ABSTRAK
Sebahagian
besar daripada murid kelas 5KM2 tidak dapat menguasai fakta sejarah
dengan baik. Lantaran itu keputusan peperiksaan atau ujian bulanan yang
diperolehi kurang memuaskan.Terdapat seramai 27 orang murid di dalam
kelas tersebut. Hasil daripada tinjauan awal mendapati majoriti murid
kelas ini gagal dalam mata pelajaran sejarah. Masalah ini berlaku kerana
tiada penguasaan fakta yang kukuh. Lebih-lebih lagi kelas ini merupakan
kelas terakhir bagi tingkatan lima di SMKTS. Rata-rata murid kelas ini
mengatakan masalah utama mereka ialah tidak ingat isi penting ataupun
fakta. Jadi tidak hairanlah ada yang tidak menjawab soalan peperiksaan .
Oleh
itu jalan penyelesaian yang dipilih ialah perlu diwujudkan satu program
bagi murid kelas ini ke arah memperkasakan ingatan. Kajian tindakan ini
berfokus kepada usaha meningkatkan penguasaan fakta sejarah oleh murid .
Justeru, murid telah diterapkan dengan pendekatan pembelajaran secara
berkumpulan sebagai usaha meningkatkan prestasi pencapaian mereka.
Berdasarkan perbandingan ujian peringkat pra dan ujian pasca dan
pemerhatian sikap murid, kajian ini boleh dianggap berjaya kerana
terdapat peningkatan peratus lulus . Murid juga lebih bersemangat
menghadapi P&P dan tekun menyampaikan maklumat kepada rakan dalam
kumpulan masing-masing.
Justeru
itu kajian ini akan memfokuskan usaha meningkatkan ingatan terhadap
fakta agar murid mendapat satu cara berkesan belajar sejarah. Ini
bersesuaian dengan pendapat Encik Lee Shok Mee dalam bukunya Psikologi Pendidikan (1997) mengatakan ,
“Tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi
sia-sia sahaja. Dari segi peperiksaan pula kebolehan
mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan
sejauhmana seseorang murid telah mencapai pembelajaran.
Oleh itu kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu
akan menjejaskan prestasi calon. Justeru itu, calon tersebut
dianggap telah gagal dalam pembelajaran”
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Sebahagian
besar murid kelas 5km1 terdiri daripada murid yang lemah dan tidak
bermotivasi untuk belajar. Contohnya tidak menunjukkan minat yang
tinggi semasa belajar, tidak bawa buku latihan dan masalah ponteng yang
agak tinggi.
Semasa
P&P didapati murid memberi perhatian tetapi murid tidak dapat
mengingati fakta yang disampaikan sama ada oleh guru atau rakan. Apa
yang jelas ialah kesungguhan murid berada di tahap yang rendah.
Seolah-olah tiada usaha untuk meningkatkan prestasi peperiksaan dan
hanya mengharapkan guru di dalam kelas seratus peratus. Ditambah pula
tiada usaha yang dilakukan di rumah. Oleh itu aktiviti dalam kelas yang
berkesan adalah perlu supaya murid dapat mengingati fakta pada masa
P&P berlangsung.
Kekangan-kekangan
di atas merupakan suatu cabaran kepada saya dalam usaha meningkatkan
keputusan yang lebih baik. Namun begitu bimbingan perlu diberikan kepada
murid kelas ini supaya mereka dapat menjawab soalan peperiksaan dan
sekurang-kurangnya mencapai tahap lulus.
Friday, November 15, 2013
MUDAHNYA SEJARAH
PENGENALAN
Pertama anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya “saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kelmarin’. Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.
Ketiga, anda belajar mata pelajaran yang lain . Adakah terkandung tentang sejarah?. Boleh dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah walaupun mata pelajaran matematik. Sebab apa saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam matematik dan bandingkan dengan sejarah tingkatan empat juga ada terkandung teori yang dikemukakan oleh ilmuan Islam.
Kelima, anda kata pelajaran sejarah susah. Ada caranya untuk kita permudahkan. Nanti saya tunjukkan.
MUDAH INGAT 1
4.2 Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri . Peranan Kerajaan Tempatan. Sejarah Ting 5 MS 71
Ada murid yang mengatakan belajar mata pelajaran sejarah susah. Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta, malas nak hafal isi penting, tidak berminat, susah nak ingat tahun dan macam-macam lagi alasan yang diberikan.
Walau apa alasan sekalipun kita kena sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita kenal siapa diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita. Cuba bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan kawan anda dari negara asing bertanya tentang Malaysia. Contoh soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan, Pilihan Raya di Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya dan banyak lagi tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.

Jika anda tidak belajar sejarah macam mana anda hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri. Adalah satu penipuan yang besar juga anda mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan yang besar.?
Pertama anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya “saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kelmarin’. Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.
Kedua, anda menerangkan tentang keluarga anda kepada rakan. Contohnya nama ibu dan bapa, nama tempat tinggal dan bila anda dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang itu juga sejarah.
Keempat, anda menonton permainan bola sepak malam tadi dan anda ceritakan kepada rakan anda. Itu juga sejarah.
Kelima, anda kata pelajaran sejarah susah. Ada caranya untuk kita permudahkan. Nanti saya tunjukkan.
Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga mata pelajaran sejarah. Baiklah apa yang saya katakan mudahnya belajar sejarah ?. Saya nyatakan CARA MUDAH untuk belajar sejarah seperti berikut mengikut kesesuaian tajuk.
MUDAH INGAT 1
Biasanya pelajar lebih mudah ingat apa yang ada di sekeliling mereka. Ada tajuk tetentu yang boleh gunakan persekitaran pelajar untuk menjelaskan lagi tajuk berkenaan. Malah bukan itu sahaja kaedah ini boleh meningkatkan daya ingatan pelajar untuk jangka masa yang lama, sebab setiap hari pelajar lihat persekitaran mereka.
Untuk tajuk ini persekitaran pelajar yang saya gunakan ialah Mergong Alor Setar dan SMKTAR, kerana pelajar saya tinggal di sekitar Mergong. Setiap hari mereka lalui kawasan Mergong sebelum masuk ke kawasan sekolah . Oleh itu mereka lihat jalan, bangunan yang ada itu setiap hari. Sesuatu yang mustahil jika masih lagi tidak dapat ingat dan rasa susah untuk belajar sejarah. Saya permudahkan tajuk di atas dengan cara seperti berikut.
Peranan Kerajaan Tempatan
| Mergong dan SMKTAR
|
Membangunkan perumahan awam
| Taman Rakyat
|
Menyediakan kemudahan sukan dan kebudayaan
| Ada Dewan, padang permainan, padang STAR
|
Menyediakan pasukan bantuan dan penyelamat
| Ada Bomba dan Penyelamat
|
Menyediakan Kemudahan awam
| Ada Dewan, tandas awam, padang permainan,
|
Menyelenggara jalan raya
| Menyelenggara Jalan Putra
|
Menyelenggara sistem saliran
| Pekerja Majlis Bandaran menyelenggara sistem saliran
|
Mengindahkan kawasan
| Pekerja kebersihan STAR membersihkan kawasan
|
Menyediakan perkhidmatan pembersihan.
| Lori sampah mengangkut sampah
|
Menjaga kesihatan awam.
| Fogging. Cegah aedes.
|
Saya membandingkan persekitaran murid dengan peranan Kerajaan Tempatan.
Peranan kerajaan tempatan ialah membangunkan perumahan awam, persekitaran murid ialah Taman Rakyat yang hari hari mereka lihat dan lalu di kawasan tersebut. Malah ada yang tinggal di Taman Rakyat tersebut. Oleh itu lebih mudah ingat dengan mengingati Taman Rakyat dan dikaitkan dengan peranan kerajaan tempatan iaitu membangunkankan Perumahan Awam.
Begitu juga isi penting yang lain dikaitkan dengan persekitaran murid seperti di atas.
Ini merupakan satu cara mudah untuk ingati fakta tanpa bersusah payah. Hanya kaitkan dengan persekitaran atau tempat tinggal kita sahaja. Mudah bukan. Selepas itu tulis dalam bentuk essei untuk soalan kertas 2 bahagian B.
Subscribe to:
Comments (Atom)
























